SINOPSIS DRAMA JURNAL SURAYA (TV3)

SINOPSIS DRAMA JURNAL SURAYA (TV3) - Selepas drama Raisha yang orang sakit hati nak tengok tu, sekarang ada drama terbaru bertajuk Jurnal Suraya pulak, lakonan Nad Zainal dan Johan As'ari.

Drama ini mungkin boleh menggugat jiwa penonton yang cepat emosi. Kisah ini penuh dengan elemen kasih sayang dan persahabatan. Auni pun tak sabar nak menonton drama ni harini. Jom Auni kongsi sinopsis ye?


JUDUL : JURNAL SURAYA
GENRE : Drama
HARI/MASA : Rabu dan Khamis, jam 9 malam
PENGARAH : Zul Huzaimy
PENERBIT : Primework Studios Sdn Bhd
PELAKON : Johan As’ari, Sasqia Dahuri, Ryzal Jaafar, Aisyaa Hasnaa, Noniswara dan Khairi Anwar

SINOPSIS JURNAL SURAYA
Jurnal Suraya mengisahkan tentang ketabahan seorang gadis bernama Suraya, yang harus meneruskan kehidupan sebagai pengidap Leukimia. Kekuatan yang dimiliki oleh Suraya untuk menamatkan pengajiannya, amat dikagumi rakan-rakan yang senasib dengannya. Aliff, yang merupakan pengidap kanser tulang tahap 3, turut mengagumi semangat Suraya dalam diam.

Hubungan Suraya dan Aliff terbatas kerana bapa Suraya, iaitu Datuk Hisham, ingin mengahwinkan Suraya dengan bakal menantu pilihannya, Imran. Dalam diam, Imran menyimpan niat jahat untuk membolot harta keluarga Suraya. Namun, lakonan Imran dapat dihidu Suraya. Rupa-rupanya disebalik sikap baik Imran, dia suka berfoya-foya di kelab malam.


Suraya terpaksa ke Singapura untuk melakukan rawatan dan usaha terakhirnya atas saranan Dr.Nadia. Aliff juga sering diserang sakit dan berulang alik ke hospital. Kerana tempoh rawatan mereka yang panjang, hubungan Suraya dan Aliff terputus seketika.

Hidup Suraya kembali diuji kerana ibu mertuanya, Puan Sharifah seolah menyokong niat jahat Imran dan Puan Sharifah melayan Suraya secara endah tidak endah. Bagi ibu mertuanya, penyakit Suraya tidaklah seteruk mana dan menganggap Suraya hanya mengada-ngada.

Perbuatan Imran yang kaki mabuk dan kaki perempuan sangat memberi tekanan kepada Suraya. Akibat dari tekanan melampau, keadaan Suraya semakin kritikal.

Apakah yang akan terjadi dengan Suraya? Adakah Aliff mempunyai perasaan terhadap Suraya? Mampukah Suraya meneruskan hidup disamping dugaan yang penuh berliku? Jom sama-sama menonton :)
SINOPSIS DRAMA JURNAL SURAYA (TV3) SINOPSIS DRAMA JURNAL SURAYA (TV3) Reviewed by Tunsha Ayunie on November 15, 2017 Rating: 5

2 comments

  1. Menarik cerita ni auni. Tak sabar nk tau kesudahan dia.

    ReplyDelete
  2. Sul HUzaimy pengarahnya? Wow!
    Nak tengok la.. <3

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.