SINOPSIS DRAMA BAWA AKU KE SYURGA (TV9)

SINOPSIS DRAMA BAWA AKU KE SYURGA (TV9) - Jarang la nak layan drama dekat TV9 ni tapi tiba-tiba je pulak Mama jerit dari atas, suruh tengok. Auni pulak memang tengah bosan, sesambil lipat kain, layanlah drama ni. Best jugak alkisahnya. Ada moral. Bukan cerita fairytale je.

Drama arahan Shuhaimi Lua berjudul Bawa Aku Ke Syurga ini memberi impak juga pada Auni sebagai isteri. Sesungguhnya syurga itu dibawah tapak kaki suami selepas ibu. Sedih jugak, menusuk ke dalam hati tau.


JUDUL : BAWA AKU KE SYURGA
TARIKH / MASA : Isnin, 13 November 2017, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Tiz Zaqyah, Hafidz Roshdi, Ben Laden, Syazuwan Hassan, Jasmin Hamid, Razak Ahmad, Fadillah Mansur

SINOPSIS BAWA AKU KE SYURGA

Mengisahkan tentang Nizam yang sangat menyayangi isterinya, Yana. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Syafiq. Nizam seorang anak yatim piatu dan hanya mengharapkan kasih sayang isteri dan anaknya.

Oleh kerana terlalu menyayangi Yana, segala permintaan Yana dituruti Nizam. Pada suatu hari, syarikat tempat Nizam bekerja ditutup dan Nizam kehilangan kerja. Nizam mula berhutang demi memenuhi kehendak isterinya itu. Namun, Nizam tidak memberitahu keadaannya pada Yana.

Dalam masa yang sama juga, Yana bertemu kembali dengan bekas kekasihnya, Farouq. Farouq cuba memikat hati Yana kembali. Yana yang dapat menghidu masalah yang dialami Nizam, mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan dengan Farouq secara senyap atas hasutan ibunya.

Namun tidak lama kemudian, perbuatan Yana diketahui Nizam dan Nizam menceraikannya setelah menemui Yana bersama Farouq di dalam bilik di rumah mereka.

Malang nasib Yana apabila Farouq yang merupakan seorang duda, kembali kepada isterinya dan membiarkan Yana terkontang kanting sendiri menahan sakit kulit yang menyerangnya.

SINOPSIS DRAMA BAWA AKU KE SYURGA (TV9) SINOPSIS DRAMA BAWA AKU KE SYURGA (TV9) Reviewed by Tunsha Ayunie on November 13, 2017 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.