SEDAPNYA BAU MAMA .........

SEDAPNYA BAU MAMA ......... - Bertuahnya kita yang masih mempunyai mak. Auni dapat rasakan kesedihan mereka yang sudah kehilangan mak. Contohnya, Mama Auni sendiri. Mama Auni anak yatim pada usia muda. Dan sekarang dia adalah anak yatim piatu.

Adik-beradik Mama tak ramai pun. Yang dia ada cuma Maklong Midah. Maklong Midah pulak kakak Mama seibu tapi berlainan bapa. Namun, mereka amat rapat dan akrab. Dari kecik pun, Auni sangat manja dengan anak-anak Maklong Midah.

Tapi, takkan laaa Mama asyik nak berkepit dengan Maklong Midah. Yang Mama ada sekarang cuma Abah dan kami adik-beradik. Dulu Auni tak fikir pun benda-benda ni, jiwa masih memberontak.

Bila dah berkahwin, sikit-sikit Auni dah dapat satu perasaan untuk lebih menghargai Mama. Lepas berkahwin, hampir beberapa bulan Auni tak jumpa Mama sebab kami ada isu ketika itu. Masa tu jugak Auni dapat rasanya dan bertanya pada diri sendiri...  "Macam mana kalau aku kehilangan Mama selama-lamanya?"

Ketika kami bertemu kembali selepas lama berpisah.....

Dewasa mengajar Auni. Bila dapat jumpa Mama, dapat cium bau Mama, betapa sebak dalam dada Auni. Bau Mama tu sangat mahal. Bukan bau minyak wangi, tapi bau jiwa dan roh yang menyayangi kami adik-beradik setulus hati.

Auni belum jadi mak. Tapi Auni faham betapa kecewanya Mama terhadap Auni. Jiwa memberontak Auni ketika itu memaksa Auni lukakan hati Mama. Sekarang bila dapat jumpa Mama, hati Auni jadi berbunga-bunga. Rasa taknak berpisah langsung dengan Mama.

Bau Mama....... takkan Auni jumpa pada siapa-siapa. Mak siapa-siapa pun macam tu. Mereka ada bau sendiri. Yang masih ada mak, ambillah peluang cium mak korang sepenuh hati. Peluklah dia setulus hati. Sebab bila satu masa dia dah pergi jauh, kita tak dapat dah cium bau dia :)

Terima kasih sudi baca :)
SEDAPNYA BAU MAMA ......... SEDAPNYA BAU MAMA ......... Reviewed by Tunsha Ayunie on November 14, 2017 Rating: 5

7 comments

  1. ya Allah, mendalam betul la maksud entry ni, terus air mata berjurai2... akak mmg setahun tu 2 atau 3 kali je dapat berjumpa mak akak kerana komiten kerja dan jarak yang memisahkan,.. rasa syahdu je bila baca entry ni.. sayaaannnggg makkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada komitmen memang tak boleh buat apa kak. Tapi kadang yang dekat pun abaikan mak. Auni kalau bolehlah putar masa, taknak langsung lukakan hati mama auni :(

      Delete
  2. itulah yang dinamakan anak ibu yang tersayang,semoga menjadi anak ibu yang solehah dan berjaya di dunia,akhirat....

    ReplyDelete
  3. #deep miza dulu pun selalu sakitkan hati ibu miza. berdosanya rasa mujur allah masih bagi peluang untuk miza baiki keadaan

    ReplyDelete
  4. Emak kita tiada galang gantinya. Hargai dan sayangi mereka sepenuh hati kita. Doakan mereka setiap kali lps solat. Mudah2an kita menjadi anak yg soleh dan solehah.

    ReplyDelete
  5. Betul tu Auni. KAklong dah lama tak balik kampung. Rindu sangat kat ibu. Suara ibu, senyuman ibu, masakan ibu.. Satu masa nanti bila ibu dah takde, takkan ada penggantinya :'(

    ReplyDelete
  6. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Adalah rugi tidak berbakti dan sanjungi semasa mereka ada didunia ini.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.