Header Ads

RESEPI NASI GORENG KICAP MANIS PEDAS MAHSURI

RESEPI NASI GORENG KICAP MANIS PEDAS MAHSURI - Ini bukan entri tajaan atau apa-apa. Cuma nak share resepi yang sedap, kegemaran Auni, suami dan adik-adik Auni. Mama dengan Abah ni kalau nasi goreng berkicap, depa tak makan sangat.

Awalnya, adik bongsu Auni yang buat nasi goreng ni. Adik Auni rajin tau, bahan-bahan dia nak buat nasi goreng, mesti dia tumbuk. Kalau Auni, semua blend aje. Senang. Sama jugak rasa sedap! Jom laa Auni share resepi nasi goreng paling sedap didunia (mode : perasan) .


RESEPI NASI GORENG KICAP MANIS PEDAS MAHSURI

Bahan-bahan :
Nasi secukupnya*
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
Segenggam ikan bilis*
Setengah genggam cili api*
Sedikit belacan*
Sedikit garam
1 biji telur
Kicap Manis Pedas Mahsuri secukupnya

Cara-cara :
Kisar semua bahan yang bertanda (*). Kalau nak tumbuk pun ok jugak. Kemudian tumiskan bahan-bahan tadi hingga sedikit garing. Masukkan telur.  Gaul hingga telur masak dan masukkan nasi. Kemudian masukkan kicap Mahsuri dan sebatikan nasi. Sedia dihidangkan..

Senang kan? By the way kalau yang tak tahan pedas tu jangan letak cili banyak-banyak, sebab kicap Mahsuri ni memang dah sedia pedas. Selamat mencuba :)

2 comments:

  1. sedapnya. Nanti boleh cuba resepi ni pula...

    ReplyDelete
  2. whoaa simple tapi sedap! tu yang kita mahu! #tetibe hahahaha.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.