Header Ads

RESEPI IKAN SELAR MASAK CUKA

RESEPI IKAN SELAR MASAK CUKA - Tiba-tiba tekak macam teringin sangat nak makan ikan masak cuka. Selalu ayam je naik bosan hakakkk ni uolssss. Nasib baik Mama ada simpan koleksi ikan selar dalam peti ais. Ada rezeki nak makan ikan masak cuka.


RESEPI IKAN SELAR MASAK CUKA
Bahan-bahan :
2 ekor ikan - lumur garam kunyit
1 labu bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
3 biji cili api - hiris
1 sudu kecil biji sawi
3-4 sudu cuka
secubit gula
secubit garam

Cara-cara :
Goreng ikan hingga garing, ketepikan. Simpan sedikit minyak goreng ikan untuk menumis bahan-bahan hiris. Selepas menumis, masukkan sedikit air dan masukkan cuka, gula dan garam. Biarkan mendidih dan masukkan ikan. Siap untuk dihidang.

Auni makan dengan kangkung goreng aje. Sedap wey.. Kena sambal belacan pun ngam jugak kan. Selamat mencuba!

No comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.