Header Ads

RESEPI CUCUR JINTAN DAN UDANG KERING (KALAKETE)

RESEPI CUCUR JINTAN DAN UDANG KERING (KALAKETE) - Cucur ni asalnya cucur india, tapi diinovasikan oleh moyang Auni. Adik-adik tak pandai makan. Tapi Auni suka. Resepi yang akan Auni share ini adalah custom-made dari Auni sendiri sebab tak sempat nak tanya Mama. Sedap jugak. Haha..

Cucur jintan dan udang kering ini kami panggil Kalaketĕ. Sedap dimakan dengan sos yang juga diinovasikan. Nanti Auni kongsi ye? Apapun resepi Auni tak ada sukatan tetap. Maaf didahulukan. Yang pasti, kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk menu yang nampak remeh ini.


RESEPI CUCUR JINTAN DAN UDANG KERING (KALAKETE)
Bahan-bahan cucur :
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil kunyit
3 sudu besar udang kering - kisar kasar
2 sudu besar jintan manis @ jintan putih - kisar kasar
Sedikit garam
Air panas secukupnya

Cara-cara :
Tepung dicampurkan dengan kunyit, udang kering, jintan dan garam. Sebatikan bahan-bahan tadi dan masukkan air panas sedikit demi sedikit. Bancuhan mestilah pekat (lembik sikit dari doh, jangan terlalu cair). Setelah semua sebati, perapkan semalaman.

Panaskan minyak. Sapu tangan dengan sedikit minyak atau air. Kemudian gentel tepung tadi bulat-bulat memanjang. Goreng dengan api yang perlahan. Biarkan sehingga coklat kekuningan. Tos dan hidangkan.

Bahan-bahan sos :
Sotong kering - rendam dan kisar
Serbuk cili
Asam jawa
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Sotong kering direndam hingga kembang dan dikisar dengan air. Toskan bahan kisar tadi dan masukkan dalam periuk. Kemudian masukkan serbuk cili. Masak dengan api yang perlahan dan kacau sentiasa. Kemudian masukkan asam jawa dan garam secukupnya.

Rasa sos ni ada masam-masam sikit, pedas-pedas sikit dan manis sikit. Manis tak ketara pun. Yang pasti sedap. Sos ni kena masak lama, baru serbuk cili masak dengan betul. 

Selamat mencuba!

4 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian :D

    ReplyDelete
  2. macam menarik je, tak pernah buat sebenarnya cucur jintan ngn udang ni. selalu layan bilis atau bawang je. Hah nanti free, jom lerr singgah blog lubukseni.com

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.