November 01, 2017

PERSAHABATAN BERLAINAN BANGSA

PERSAHABATAN BERLAINAN BANGSA - Cerita saja mengenai persahabatan, Auni sejenis yang tidak memilih mahupun racist. Sebab kita hidup di Malaysia ini, berbilang kaum. Tidak sepatutnya kita mencerca bangsa lain.

Ada orang, dia tak mampu makan makanan dari bangsa lain. Jijik katanya. Bagi Auni, asalkan bersih dan jauh dari 'makanan terlarang' buat umat Islam, Auni okay je nak makan kalau orang bukan Islam yang masak.



Berbalik kepada persahabatan, Auni memang suka bercampur. Banyak kelebihan persahabatan berlainan bangsa dan agama ni. Contohnya, banyak benda kita boleh belajar tentang perayaan agama dan bangsa mereka.

Dulu, Auni ingatkan Deepavali adalah perayaan bangsa India, tapi sebenarnya ia lebih kepada perayaan agama.

Selain daripada belajar tentang budaya dan makanan mereka, persahabatan berlainan bangsa ini turut mengajar kita untuk menjadi lebih positif dan tidak bersikap judgemental. Well... macam Auni kata, kita hidup ni perlu banyak bercampur, dari situ boleh belajar baik buruk kehidupan.


Positifkan minda, lapangkan dada. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.