November 10, 2017

LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST 2017

LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST 2017 - Salam Jumaat. Ini adalah kali kedua Auni join contest dari Lazada. Yang mula-mula tu tak ada rezeki. So Auni mencuba rezeki untuk contest Lazada yang terbaru ni. Korang dah join?


Lazada Malaysia memberi peluang kepada para blogger untuk memenangi hadiah yang lumayan sempena Online Revolution Sales yang akan berlangsung esok iaitu 11 November 2017 hingga 14 Disember 2017. 

Kalau ramai-ramai blogger yang join, peluang untuk menang pun besar. Hadiah memang buat korang excited. Nak join boleh klik ---> Online Revolution Blogger Contest

So, untuk setiap contest dari Lazada ni, korang diharuskan untuk menjawab beberapa soalan. Haaa! Jawab soalan je pun ada peluang untuk menang. Rezeki ayam nampak di kaki, rezeki Auni tak siapa yang tahu. Haha!


a) Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience? 

Sejujurnya, Auni tak pernah membeli secara online. Pernah ada niat tapi tak pernah terlunas lagi. So, Auni memang tak ada pengalaman dalam jual beli secara online. Mungkin satu masa nanti?


b) Which types of products would you prefer buying online? 

Kalau tanya Auni, Auni mungkin lebih suka membeli barang-barang dapur ataupun alat solek. Selain itu, Auni obses sangat dengan barang penjagaan rambut.


c) What do you love about online shopping? 

Disebabkan Auni tak ada pengalaman, Auni tak tahu sangat tentang shopping online tetapi based daripada pengalaman orang lain, Auni boleh huraikan yang shopping online ini :

1) Lebih menjimatkan masa

2) Lebih mudah untuk memilih

3) Lebih mudah untuk membuat pembayaran

4) Tidak perlu susah-susah nak berjalan kaki

5) Boleh membaca review sebelum membeli. Pilihan di tangan sendiri, kan?

d) Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales? 

Walaupun banyak barang yang Auni teringin nak beli, tapi Auni dahulukan perkara yang penting dulu. Auni nak sangat beli tilam baru sebab tilam Auni dah lembik. By the way, Auni dengan husband memang berkongsi tidur atas tilam single.

8" BetterSleep Nanyang Single Size Foam Mattress 


Bestnya kalau dapat tilam ni. Nak tahu tak harga asal untuk tilam ini sahaja adalam RM580.00 ! Lepas tengok harga SALE terus rasa excited. Potongan harga sebanyak 74% menjadikan harga tilam ini jauh lebih murah. Lepas potongan, tilam ini hanya berharga RM149.00 ! Fuhhh..... bestnya kalau dapat tidur atas tilam baru.

Terlalu banyak offer yang akan berlangsung pada 11 November 2017 ini. Korang boleh tengok-tengok banyak barangan murah di Lazada Online Revolution ! Jangan berpinau mata, sudah. Memang rambang mata dibuatnya.

So blogger, jom lah join contest dari Lazada. Mana tahu ada rezeki korang kan? Rezeki takkan datang bergolek kalau tak usaha. Contest ini bermula dari 1 November 2017 hingga 14 Disember 2017. Masih ada masa lagi.

Terima kasih sudi baca :)

8 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.