Header Ads

KOMPLIKASI YANG HARUS DIALAMI OLEH PESAKIT MENJALANI DIALISIS

KOMPLIKASI YANG HARUS DIALAMI OLEH PESAKIT MENJALANI DIALISIS - 8 tahun lebih menjalani hemodialis, Auni rasa inilah jangka masa paling lama Auni berjuang sendiri. 23 tahun sakit, Auni dah jalani pelbagai rawatan termasuk cuci air dan cuci darah. Banyak kali tubuh ditebuk dimasukkan wayar.

Ramai yang masih samar dengan penyakit Auni. Kegagalan Buah Pinggang adalah salah satu penyakit paling kronik selain kanser. Semakin hari, semakin naik peratus rakyat Malaysia yang mengidapi Kegagalan Buah Pinggang.


Ada yang tidak diketahui punca. Ada yang disebabkan darah tinggi. Ada juga disebabkan SLE (Systemic Lupus Erythematosus). Buah pinggang Auni disahkan gagal berfungsi ketika berumur 4 tahun. Puncanya adalah Nephrotic Syndrome. Muka Auni mulai bengkak dan Auni kena darah tinggi ketika itu.

Ramai yang memandang remeh dengan pesakit kegagalan buah pinggang sebab kebanyakkan daripada kami tak suka tunjuk kami sakit. Tapi, Auni nak kongsi apa komplikasi yang harus dialami oleh pesakit yang menjalani dialisis. Dimana tak semua orang tahu disebalik perjuangan kami, ada perkara yang efektif kami perlu tanggung sendiri.


KOMPLIKASI DIALISIS

  1. Hypotension - Pitam / Darah Rendah
  2. Kejang Otot
  3. Keradangan Pada Perut
  4. Loya Tekak & Muntah
  5. Pendarahan
  6. Jangkitan kuman
  7. Sukar Untuk Bernafas
  8. Masalah Nadi Berdenyut Tidak Teratur
  9. Serangan Jantung / Jantung Terhenti
Bayangkan bertahun-tahun pesakit macam Auni berjuang dan alami komplikasi seperti diatas. Bayangkan kanak-kanak yang menanggung tapi di wajah mereka kerap tersenyum. Menangis hanya bila rasa sakit. Kuat tak kami?

Walaupun ramai sudah kembali kepada Maha Pencipta, tetapi jangan sangka kami yang sakit ini hanya menunggu mati. Boleh je kami buat kerja macam orang normal selagi ada kudrat. Ada yang negatif, bila sakit, disuruhnya kita ingat mati. Mati tidak tertakluk pada orang yang sakit je wahai sisturrr brader.

Last but not least, pesakit kronik sangat memerlukan extra moral support dari keluarga, kawan-kawan dan orang sekeliling.

Dari Gadis Marhaenis
Tunsha Ayunie

4 comments:

  1. Auni, thanks share this entry.
    Kak Pip doakan, Auni sentiasa tabah dgn dugaan yg diberikan,
    And yes, deep inside you, you stay stronger than people like kak pip ni..

    ReplyDelete
  2. BESAR DUGAAN-NYA BESAR GANJARAN-NYA AUNI SGT TABAH

    ReplyDelete
  3. Semoga adik terus tabah. Kongsi lagi ilmu yang mungkin dapat membantu pesakit lain menghadapi situasi ini. InsyAllah, besar ganjaran disisi Nya.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.