Header Ads

KERANA DURIAN

KERANA DURIAN - Durian... bila dah musim ni, berpusu-pusu orang update depa makan durian. Harga mahal tolak tepi, janji kepuasan. Macam kes Auni, sakit tolak tepi, asalkan puas dapat makan durian. Meroyan kejap lagi.

Actually Auni memang tak boleh makan durian banyak. Seulas tu pun kira cukuplah. Tapi Auni sejenis kalau dah benda tu banyak depan mata, terus lupa yang Auni tak boleh makan. 

Ahad tempoh hari, Mama bawa balik durian yang dia beli kat kampung. Kat sana murah sikitlah kot compare harga durian kat KL ni.


- Hiasan semata -

Disebabkan kami adik beradik memang hantu durian, Mama bawak balik sebekas besar untuk kami. Adik ipar Auni yang tengah pregnant pun makan tak ingat dunia, termasuklah Auni yang sakit ni. Lepas seulas, seulas lagi. Nikmatnya dapat makan durian uolssss.

Lepas tu, badan Auni dah rasa tak best. Jantung start stuck dah. Rasa cramp je. Memang rasa tak best je badan. Mulalah fikir yang bukan-bukan. Masa tu Auni makan lebih kurang 7 ulas. Amikkk kau! Dah sakit-sakit tak sedar diri lagi. Pergi bukak peti ais, ambil lagi 2 ulas durian. Amboiii sangat kan?

Esok tu, Auni ambil lagi. Hari tu Mama cuti. Terus kena marah dengan Mama. "Hang tutup bekas durian tu sekarang, letak balik dalam peti ais! I'm serious! " Marah betul Mama masa tu :( Tapi Auni tahu Mama risau Auni kena heart-attack sebab jantung Auni tak kuat.

Untuk pesakit macam Auni (end stage renal failure), buah yang berwarna kuning macam durian, pisang, nangka dan cempedak memang perlu dijauhkan sebenarnya. Sebab bahaya untuk jantung. But well.... sejenis Auni selagi tak kena serang sakit, selagi tu bolayan je dengan pantang ni.

NOTAKAKI : Bestnya dapat makan durian isi tebal dan lembut. 2 ulas dah cukup !

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.