Header Ads

KENAPA FISTULA BESAR

KENAPA FISTULA BESAR - Ramai yang tahu Auni seorang pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Soalan yang biasa muncul adalah lepas diorang tengok tangan Auni. "Kenapa fistula besar?" Auni kekadang speechless jugak, tak tahu nak jawab apa.

Awalnya dulu, doktor hanya bagitahu jangan angkat barang yang berat, tidur pulak jangan bertindih. Selain itu, tak ada pantang lain untuk jaga fistula ni.

Auni sendiri pun actually tak sedar bila fistula Auni start membesar. Rasanya takdelah angkat berat sangat. Tidur tu kalau tak sedar jadi laa bertindih. Kalau tak Auni elakkan je. Tapi tetap meningkat tumbesaran fistula tu.


Kaji punya kaji, staff HDU Ampang cakap yang tangan Auni membesar sebab pump masa dialisis terlalu kuat. Hmm.. pelik tau sebab staff HDU Selayang dulu tak cakap apa-apa pun.

Lastly, Auni malas dah nak fikir cuma kadang-kadang hangin jugak bila orang tegur-tegur. Tak cerita lagi yang orang pandang jijik pada fistula Auni. padahal benda ni urat je pun, bukan kudis ke apa.

Nak puaskan hati orang ni memang susah kan? Auni memang ambil cara mengelakkan. macam tadi, ada dalam friendlist Auni tegur fistula besar, Auni terus unfriend aje. Lebih baik mengelak dari terus sakit hati kan?

Terima kasih sudi baca :)

9 comments:

  1. fistula besar bukanlah satu masalah ,
    dan tak nampak janggal pun.
    cuma, maybe lah orang yang bertanya tu tak sensitif
    atau dia tak tahu kenapa fistula boleh jadi besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang bertanya tu okay, tapi yang sinis tu melampau.

      Delete
  2. Kadang-kadang orang tak faham hati kita kan.. Mai kan hyperthyroid, masa belajar dulu, selalu kena marah sebab tangan ketar tak dapat buat kerja lab accurate, pendam je pedih tu. Ingat kita saja ke nak buat tangan ketar2.

    Kadang2 kawan gurau cakap macam orang parkinson. Senyum jelah mampu. Nak buat macam mana kita mmg diuji mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak puaskan hati orang kan? Akak pun selalu sakit akak ni dijadikan bahan lawak. Depa panggil ubi kayu la, biji durian la, nenek kebayan la.. Allah... Tuhan duga hati, mental dan jiwa akak.

      Delete
  3. Allahu..semoga auni terus tabah.. #wearefighter

    ReplyDelete
  4. Semoga tabah dan terus mengharungi ujian penyakit ni. Saya faham sebab arwah mak juga seorang pesakit buah pinggang kronik

    ReplyDelete
  5. Mungkin sebab banyak kali cucuk.
    Dan fistula tu sambungkan vein dengan artery. Artery high pressure. Lama lama vein ikut mengembang.

    Keep on going auni.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.