November 12, 2017

KENALI EUTHANASIA : SANGGUP BUNUH ORANG TERSAYANG?

KENALI EUTHANASIA : SANGGUP BUNUH ORANG TERSAYANG? - Auni baru terbaca pasal ni, sedih jugak sebenarnya bila seorang ibu membunuh anaknya yang kurang upaya fizikal. Kenapa dia membunuh? Ini ada kaitan dengan Euthanasia.


APA ITU EUTHANASIA?

Euthanasia berasal dari bahasa Yunani iaitu "eu" bermaksud baik atau bagus, dan "thanotos" yang bermaksud mati. Euthanasia adalah tindakan memudahkan kematian atau mengakhiri hidup seseorang dengan sengaja tanpa rasa sakit. Ianya juga dikenali sebagai "Mercy Killing" kerana dilakukan kerana berasa belas kasihan pada mangsa, rasa sayang dan bertujuan meringankan penderitaan mangsa.

Euthanasia terkenal dikalangan doktor-doktor. Istilah lain yang hampir sama makna dengan Euthanasia dalam bahasa arab adalah qatl ar-rahmah (pembunuhan dengan kasih sayang) atau taisir al-maut (memudahkan kematian). Ianya dijalankan kepada pesakit yang sudah tiada harapan untuk sembuh.

EUTHANASIA TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU :

EUTHANASIA POSITIF

Euthanasia positif atau dalam arabnya taisir al-maut al-fa'al, adalah tindakan doktor mempercepatkan kematian pesakit dengan menggunakan instrument seperti untikan ke dalam tubuh pesakit. Pesakit yang akan mengalami proses ini adalah mereka yang dalam keadaan koma dalam jangkamasa yang lama (mati otak) , ataupun pesakit yang mengalami sakit kronik dan takde harapan sembuh.

EUTHANASIA NEGATIF

Euthanasia negatif pula atau arabnya taisir al-maut al-munfa'il, adalah tindakan doktor memberhentikan ubat pesakit yang kronik, yang secara mediknya pesakit sudah tidak mampu sembuh. Pemberhentian ubat ini akan mempercepatkan kematian. Tindakan ini biasanya akan dilakukan doktor oleh kerana ahli keluarga sudah tidak mampu menanggung biayaan perawatan. Hal ini menyebabkan Euthanasia bersifat negatif.

HUKUM EUTHANASIA

Sungguhpun begitu, dalam Islam hukumnya tetap haram walaupun apa jua alasannya. Dalam surah An-Nisa ayat 93, Allah SWT berfirman ,

Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.


Bercerita pasal Euthanasia ni, Auni nak share kisah yang berlaku di Guangzhou, China. Si ibu ni berumur 83 tahun, telah mengambil keputusan mematikan anaknya dengan memberi 60 biji pil tidur dan kemudian melemaskan anaknya.

Wanita bernama Huang ini mengambil masa lebih kurang seminggu untuk meneruskan keputusannya itu dan akhirnya dia nekad. Kenapa dia buat macam tu? Huang cakap, dia risau kalau dia dah mati nanti, takde siapa nak jaga anak dia yang berumur 46 tahun dan mengalami kecacatan mental dan fizikal.

Huang lebih sanggup membunuh anaknya daripada membiarkan orang lain menjaga anaknya. Dia tidak mahu anaknya terseksa. Selepas anaknya mati, Huang terus menyerahkan diri pada polis dan dia dikenakan hukuman penjara 3 tahun, namun mendapat belas kasihan hakim. 

---------------------------------------------------------------------------------------------

Memang berat hati kita bila melihat orang tersayang menderita sakit. Tapi sebaiknya bersangka baik pada Tuhan, berdoa supaya diringankan sakitnya. Cabut nyawa itu tugas Allah taala, bukanlah dari kita. Moga perkongsian Auni memberi manfaat buat semua :)

4 comments:

  1. Ada belajar benda ni kat Universiti.. Memang sedih euthanasia ni dan procedure nak membuatnya memang cerewet sikit.. Tak boleh sewenang2nya even ianya legal

    ReplyDelete
  2. orang yang jaga orang lain sebab diamanahkan, atau dipertanggungjawabkan, semestinya tak sama macam seorang ibu menjaga anaknya..baik dari segi perhatian atau kasih sayang.

    mungkin jugak si ibu ni tak nak orang lain rasa terpaksa atau terbeban dengan tanggungjawab menjaga anaknya nanti.

    ReplyDelete
  3. Sedihnya kisah ni. Tapi mesti ada sebab yang dia buat cmni kan.

    ReplyDelete
  4. Ohhh baru tahu. Ilmu baru harini. Tak sangka ada juga yg mcm ni.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.