Header Ads

KENALI APA ITU SOFTPORN, CHILD PORNOGRAPHY DAN PEDOFILIA

KENALI APA ITU SOFTPORN, CHILD PORNOGRAPHY DAN PEDOFILIA - Since kes Jaan Punching Bag menular di sosial media, ramai yang mengambil inisiatif untuk membanteras penulisan-penulisan mengenai Child Abused juga Child Pornography. Tapi ramai juga yang menyokong cerita seperti ini.

Sejujurnya, Auni baca cerita Jaan Punching Bag sebab ingin tahu apa isi didalamnya. Dah lama tak membaca dan alang-alang viral, Auni pun tumpang membaca. Seperti yang tuan Akhi Fairuz Al-Jengkawi katakan, kisah Jaan Punching Bag ini terselit 3 aspek utama iaitu Softporn, Pornography, dan Pedofilia. 3 aspek ini amat bahaya kepada kanak-kanak.


SOFTPORN adalah penulisan atau bahan bacaan atau lakonan yang bersifat lucah, tetapi masih belum hardcore atau extrem. Ianya masih berkisarkan tentang s*ksual, maka pembaca pun boleh membayangkan keadaan itu, tetapi tidaklah sampai tahap z*kar dimasukkan ke dalam f*raj atau d*bur atau mulut.

CHILD PORNOGRAPHY pula adalah video atau penulisan atau bahan bacaan lucah yang memaparkan kanak-kanak sebagai subjek. Walaupun di barat industri pornografi bersifat legal (tidak menyalahi undang-undang), tetapi mereka menentang keras penglibatan kanak-kanak di dalam industri ini. 

PEDOFILIA adalah lelaki atau perempuan yang ada kecenderungan seksual terhadap kanak-kanak. Maka, mereka akan menyimpan gambar berbaju atau tidak berbaju atau berbikini, video, bahan bacaan dan yang berkaitan. Selalunya pedofilia ini memang obses dengan kanak-kanak.

Auni mohon agar kita sama-sama banteras bahan bacaan seperti ini. Bukan terlebih obses. Bukan terlalu menyokong dengan alasan penulisan itu terselit pengajaran. Pengajaran di dalam penulisan bukan lesen untuk kita sewenangnya menulis dan bercerita mengenai seks.

Tidak terfikirkah korang apa akan jadi pada generasi akan datang? Terlalu banyak kes melibatkan jenayah seks kanak-kanak kerana sumber dan bahan seperti ini. Semoga kita lebih peka. Sekian.

SUMBER | Akhi Fairuz Al-Jengkawi

No comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.