Header Ads

KALI KEDUA TEMU JANJI DI UNIT NEFROLOGI HOSPITAL KUALA LUMPUR

KALI KEDUA TEMU JANJI DI UNIT NEFROLOGI HOSPITAL KUALA LUMPUR - Ini cerita hari Rabu haritu tapi tiba-tiba je rasa nak update harini. Haha!

Bukan apa, banyak sangat kekangan masa. Selain dari sakittttt je kan, Auni cari juga idea nak naikkan balik website Auni yang bermasalah ni. Oklah, by the way hari Rabu haritu, Auni checkup untuk kali kedua di Unit Nefrologi Hospital Kuala Lumpur.

Cuba teka Auni jumpa siapa? Oklah Auni bagitau. Heee~ Auni jumpa Kak Elle lagi! Kak Elle, rakan senasib macam Auni yang dah berjaya terima penderma buah pinggang. Auni tumpang bahagia sebab Auni pernah rasa betapa bahagia bila dapat "nyawa" baru.
\

Kak Elle faham yang Auni memang tengah full of depress so Kak Elle bagi kata-kata semangat pada Auni. Auni memang perlukan seseorang yang ada didepan Auni, untuk bagi moral support, especially dari orang yang faham tentang sakit yang Auni alami.

Bercerita pasal keadaan di Nefrologi haritu, Auni tak jumpa pakar pun. Cuma Medical officer (MO) aje. Cantik pulak doktornya. Suka tengok, lemah lembut.

Auni dikehendaki untuk buat pelbagai ujian di Hospital Kuala Lumpur, termasuk ujian tekak, mata, telinga, jantung dan paru-paru. Banyak tau. Tension pun ada tapi kena jugak lah. Lagipun Auni lebih percayakan HKL daripada Hospital Ampang.

Hopefully semua berjalan lancar lah lepas ni. Untuk apa ujian semua tu? Ujian ni sebagai prosedure sebelum Auni menjalani pembedahan hyperparatyroid.

Doakan Auni ye :) Terima kasih.

3 comments:

  1. Mama doakan semoga dipermudahkan urusan auni ye.

    ReplyDelete
  2. Semoga semuanya dipermudahkan urusan buat Auni.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah Ya Tuhanku. Semoga kak Auni cepat sembuh dan permudahkan segala urusan kak Auni di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.