Header Ads

JAAN PUNCHING BAG TERLALU BANYAK BERMAIN DENGAN FANTASI

JAAN PUNCHING BAG TERLALU BANYAK BERMAIN DENGAN FANTASI - Bila semua orang kecoh dengan novel pixi ni, Auni jugak taknak ketinggalan. Ramai yang bagitau cerita ni lebih menjurus kepada soft porn. Sejenis Auni, dia taknak ketinggalan apa yang orang lain tahu.

So saja selongkar kisah Jaan Punching Bag ini dah ternyata awalnya kisah tentang seorang kanak-kanak yang didera emosinya. Tapi, itu hanyalah diawal cerita. Makin dibaca makin 'hanyir' pulak kisahnya.

Sementara Auni cerita lebih sikit, Auni nak share sinopsis Jaan Punching Bag.


SINOPSIS JAAN PUNCHING BAG
BY : Andrea Kiss

Kisahnya mengenai Alisha, seorang anak tunggal Daddy dan Mamynya. Mereka tinggal di Sabah. Awalnya Alisha dimanjakan kedua ibubapanya, namun semua itu berubah bila Mamynya diserang kanser serviks.

Sikap Daddy Alisha mula berubah menjadi kaki perempuan dan mabuk. Selepas kematian Mamy Alisha, hidup Alisha semakin teruk. Dia sentiasa dipukul oleh Daddynya dan Daddynya itu pernah membuat cubaan merogol pada Alisha.

-hiasan-

Tak lama selepas itu, kawan Daddy Alisha bernama Randy, ingin menyunting Alisha menjadi isteri ketika Alisha berumur 12 tahun. Alisha berharap dia terlepas dari penyiksaan Daddynya kerana Randy seorang yang baik. Namun, hidup Alisha sekali lagi ditimpa bala kerana Randy hanya menjadikan Alisha hamba seks semata-mata. Langsung tidak bertanggungjawab sebagai suami.

Alisha kemudian bercerai dengan Randy dan berkahwin dengan lelaki Pakistan bernama Shakid ketika usianya 15 tahun. Shakid seorang lelaki tua berumur 40-an dan merupakan seorang usahawan berjaya. Diorang kawin sebab Daddy Alisha ni banyak hutang dengan mamat Pakistan tu.

Hidup bersama Shakid yang awalnya bahagia, menjadi satu kehidupan didalam neraka kerana Alisha tetap menjadi hamba seks dan punching bag Shakid setiapkali Shakid berasa cemburu.

REVIEW JAAN PUNCHING BAG
Awalnya, Auni sebak jugak lah bila part Alisha asyik kena pukul dengan Daddy dia dan menjadi hamba seks pada Randy. Dapat bayangkan penderitaan insan bernama Alisha ni. Tapi penulis terlalu heavy dengan idea dan imaginasi seks yang tidak sesuai dibaca oleh budak-budak bawah umur.

Untuk yang baca di Facebook, penulis dah edit cerita tu. Tapi versi asal penuh dengan detail-detail tentang seks.

Ramai yang obses dengan Jaan Punching Bag hinggakan kata ada pengajaran dalam cerita ini. Kalau tanya Auni, pengajaran yang Auni dapat adalah 'Jangan Jadi Bodoh'. Selebihnya, Auni tak dapat apa-apa pengajaran.

Secara logiknya, kalau orang yang kena rogol atau jadi hamba seks ni akan mudah trauma dan tak sanggup nak ingat kisah-kisah macam tu. Berbanding the real Isha (kot-laaa), macam bangga dengan cerita yang tersebar ini.

Seriously cerita ni lebih kepada seks kanak-kanak yang boleh memikat para Pedofil di luar sana berhalusinasi dan makin teransang dengan kanak-kanak.

Actually banyak isu pasal cerita Jaan Punching Bag sehingga penulis padam cerita ini di Facebook dan Wattpad. Ada antara isunya adalah mengenai gambar sebenar Alisha, Shakid, dan anaknya Shanti.

Auni terkilan sebab ramai yang menyokong cerita-cerita macam ni. Mostly mereka yang Muslim. Ramai yang tidak sensitif dan tidak berfikir apa akan jadi in future nanti bila cerita ini terlepas pada Pedofil atau kanak-kanak yang meningkat remaja.

Tepuk dada, tanya diri. Tak perlu obses benda yang karut! Sekian.

5 comments:

  1. Sally langsung tak terpanggil nak baca...hahahaha...sbb rasanya bosan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha macam suka nak ambil tahu. Hahahhaa... sebab banyak masa terluang, baca jugak laa and I can't brain with this story.. Haaa kan dah speaking..

      Delete
  2. tak mau baca.. boleh pening kepala Nurul baca nanti..

    ReplyDelete
  3. Baca satu bab je pastu tak paham ,hehe ingatkan indonesia mula2 rupanya loghat sabah.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.