Header Ads

HIKMAH REDHA BILA DITIMPA MUSIBAH

HIKMAH REDHA BILA DITIMPA MUSIBAH - Tak mudah untuk redha bila ditimpa musibah. Auni ambil masa bertahun-tahun untuk redha dengan segala apa yang Allah bagi pada Auni. Tipu kalau Auni tak pernah pertikaikan apa yang berlaku pada diri Auni. Namun satu perkara Auni sedar, hikmah redha bila ditimpa musibah.


Tak mudah untuk senyum bila menahan sakit. Setelah bertahun lama Auni marahkan Tuhan, kini Auni hidup sebenar-benar redha. Biarlah apa jua ujian yang Allah nak bagi. Auni sanggup terima. Kalau kita leka menjadi hamba kepada dunia, kenapa kita tak mampu leka menjadi hamba pada yang Esa?

Moga Auni, dan sahabat yang senasib, atau sesiapa yang ditimpa ujian, harap semuanya kuat untuk redha. Redha bukanlah secara dipaksa tapi memohon moga mempunyai hati yang tulus untuk terima semuanya.

Memetik pada kata-kata Kak Ayuni Rafilah, Kebahagiaan Itu Ialah Redha Dengan Apa Yang Ada :) Itulah hikmah yang paling besar.

2 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan ye.

    jom la join n meriahkan GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  2. Tahniah adik. Ramai yang hanya mamp menyebut redho, tapi dalam masa yang sama mempertikaikan ujian tersebut. Saya sendiri pun kadang-kadang tak sekuat adik.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.