Header Ads

CUCU BERDARAH HIDUNG SEBAB TAKUT NAIK ESCALATOR

CUCU BERDARAH HIDUNG SEBAB TAKUT NAIK ESCALATOR - Sedih pulak lah kan kalau pasal escalator sampai jadi macam ni. Budak pulak tu. Bercerita pasal escalator ni, Auni sendiri adalah salah seorang manusia yang takut nak turun escalator. Kalau naik tu boleh lagi lah, bila turun rasa macam fobia pulak.

Ok, back to basic. Dekat salah satu daerah China, di Yongzhou wilayah Hunan, seorang datuk berumur 49 tahun yang kurang ajar, menampar muka cucunya hingga hidung cucunya itu berdarah teruk di sebuah pasaraya. Cucu dia baru berumur 4 tahun tau. Tak faham apa-apa lagi. 


Hmm.. kenapa dia tampar cucu dia? Hanya disebabkan cucunya takut nak guna escalator.  Nasib baik kejadian itu sempat dirakam oleh pekerja pasaraya tersebut. So ada bukti lah kan?

Nasib kanak-kanak tu baik bila pekerja pasaraya itu membantunya dan mengelap darahnya yang penuh di hidung, baju, kaki dan lantai.


Paling sakit hati bila rakaman video menunjukkan sekali lagi datuk dia yang kurang ajar tu menampar budak tu sebab budak tu tak berhenti menangis. Keadaan itu juga memaksa pekerja pasaraya tampil melindungi mangsa.

Sebak rasa didada tau. Budak tak faham bahasa diperlakukan macam tu. Paling sakit hati bila mak bapak budak tu merayu supaya pihak polis tak ambil tindakan, namun rayuan mereka tidak diendahkan dan lelaki bergelar datuk itu ditahan reman.


Padan muka. Harap adalah tindakan selanjutnya selepas reman tu. Tak pepasal budak tu jadi lebih trauma lepas ni.

Untuk cerita lanjut dan video, boleh tengok di --- Dailymail.co.uk

4 comments:

  1. Macam2 cerita negara china ni kan. Patut dilempang datuknya sbb tak faham budak.geram je tgk.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. kesian budak tu. budak tu tak faham, yang tua pula tak sabar. ni lah jadinya. bagus tindakan pekerja pasaraya tu

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  3. Kesian dan simpati dengan si kecil.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.