November 04, 2017

CARA PENJAGAAN YANG TEPAT UNTUK KULIT WAJAH

CARA PENJAGAAN YANG TEPAT UNTUK KULIT WAJAH - Setiap manusia mementingkan penjagaan kulit wajah. Perkara ini termasuklah bagi kaum wanita dan lelaki metroseksual. Kaum wanita dan lelaki metroseksual ini sangat mementingkan penjagaan dari dalam hingga ke luar.

Terlalu banyak jenama produk kecantikan yang membiak di pasaran adakalanya menggoda para pembeli. Macam Auni, pantang nampak apa-apa produk kecantikan yang menjanjikan kebaikan, terus rasa nak beli.

Credit : Pinterest

Ada diantara kaum wanita yang meja dan almari mereka penuh dengan serum dan toner berlainan jenama. Buat apa nak membazir duit dan pakai produk bercampur-campur kalau tak memberi kesan pada kulit, malah membuat kulit wajah menjadi lebih teruk?

TUKAR CARA MERAWAT KULIT

Ini untuk mereka yang mengalami kulit sensitif. Mereka yang menggunakan empat hingga lima lapisan produk penjagaan kulit telah menambah masalah seperti :

a) Sukar untuk mengetahui produk mana satu yang efektif
b) Sukar untuk mengetahui produk mana satu yang tidak efektif
c) Kulit menyerap terlalu banyak bahan dan ianya mengehadkan keberkesanan setiap produk

Jika korang mengalami kulit sensitif, mencampur-adukkan produk atau bertukar-tukar produk akan memburukkan lagi kulit. Jalan paling baik adalah tukar cara merawat kulit korang dengan rawatan facial atau menggunakan serum. Ambil banyak sayuran hijau dan kekalkan penggunaan satu produk sahaja.

GUNA PRODUK BERASASKAN AIR SEBELUM  PRODUK BERASASKAN MINYAK

Gunakan toner, hidrosol dan serum berasaskan air sebelum korang memakai produk berasaskan minyak. Dengan cara ini, ianya akan menjadikan kulit licin dan lembut dan kedua-duanya menyerap dalam kulit dengan betul.

Rosehip Oil
(Source : Google)

KENALI MINYAK YANG LEBIH RINGAN DAN PALING LIKAT

Bahan-bahan di dalam produk kecantikan bermula dari bahan berkualiti tinggi hingga ke berkualiti rendah. Dengan ini, korang akan lebih prihatin tentang produk yang korang pakai.

KENALI JENIS MINYAK YANG SESUAI UNTUK KULIT

a) JENIS RINGAN - Dikategorikan sebagai 'kering'. Ianya termasuklah rosehip, moringa, maracuja, baobab, marula, dan minyak aprikot 

b) JENIS SEDERHARA - Bagus untuk kulit yang normal. Minyak jenis ini termasuklah minyak argan, minyak dari mengkudu dan minyak zaitun

c) JENIS LIKAT - Minyak jenis berat dan padat ini lebih likat dan bagus untuk kulit kering tapi tak semuanya bagus kerana ada diantaranya adalah comedogenic yang menyebabkan pori-pori tersumbat. Antara minyak yang bagus untuk kulit kering adalah minyak kelapa dara, minyak zaitun dan minyak avokado

UTAMAKAN PRODUK YANG PALING SESUAI UNTUK KULIT WAJAH

Paling penting, utamakanlah produk yang paling berfungsi dan efektif untuk kulit korang. Pakar Dermatologi, Cybele Fishman MD, berkongsi rutin hariannya kepada pesakit.

Dia menggunakan serum aktioksidan pada waktu pagi dan meletakkan pelembab Elta MD UV clear dengan SPF di lapisan atas. Jika menggunakan krim malam (retinol), oleskan pada lapisan pertama kemudian baru pakai serum untuk mengekalkan kelembapan.

- Cybele Fishman MD -


Ini je serba sedikit perkongsian dari Auni. Nak cantik kenalah mula dari sekarang. Kalau dah berdekut dan muka breakout, susah nak baiki semula. Pesanan terakhir, janganlah tukar-tukar produk atau campur-campur produk. Sayangi kulit korang :)

SUMBER : MINDBODYGREEN.COM

Terima kasih sudi baca.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.