November 03, 2017

CARA MENGATASI ORANG TERKENA SAWAN

CARA MENGATASI ORANG TERKENA SAWAN - Dalam drama Dendam Aurora tempoh hari, ada watak Haikal diserang sawan. Netizen yang menonton mula kecoh apabila watak Dr.Kamelia telah mengambil sudu dan letak ke mulut Haikal bagi mengatasi sawan si Haikal tu.

Haaaa! Dulu pernah jugak dengar mitos pasal letak sudu bila sawan. Tapi mitos tu tak releven ye uolsss. Malah ianya sangat berbahaya untuk individu yang diserang sawan.


CARA MENGATASI ORANG TERKENA SAWAN

1) First of all, korang call 999 dan minta bantuan segera.

2) Letak posisi badan pesakit secara mengiring ke sebelah kiri. Ini untuk memastikan segala rembesan akan dapat mengalir keluar dan melindungi saluran nafas.

3) Perhatikan cara pesakit yang diserang sawan. Petugas kesihatan akan bertanya berapa minit pesakit diserang sawan, bagaimana cara sawan contohnya seperti mata ke atas atau air liur meleleh.

4) Pesakit yang diserang sawan biasanya akan menjadi tenang sendiri. Sekiranya pesakit diserang sawan lebih lima minit, petugas kesihatan akan memberi ubat.

5) Jangan letak apa-apa dalam mulut pesakit kerana dikhuatiri pesakit akan tercekik atau mengakibatkan kecederaan pada mulut. Kalau perlu, hanya letak kain je.


Ini sebenarnya ilmu baru juga buat Auni sebab sebelum ni selalu belajar dari mitos je. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita. Dan mohon dijauhi daripada diserang sawan ini. Kalau jenis panik dah tentu blur nak buat apa kan?

Terima kasih sudi baca.

4 comments:

  1. Betul2. Kc pernah tergigit kuat sudu besi, lepastu dua tiga hari gigi jadi ngilu wohhh hahaha. Bayangkan kalau org sawan gigit kuat sudu mesti membahayakan. Btw tq for the info kak oni ♡

    ReplyDelete
  2. Good info share around!
    Call ambulance is a must, but prior CPR n steps are very important also

    ReplyDelete
  3. TQ for sharing.
    Will take notes on this

    ReplyDelete
  4. good info auni. tq for sharing

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.