Header Ads

BIBIR BIRU SEMASA DIALISIS?

BIBIR BIRU SEMASA DIALISIS? - Schedule Auni dialisis memang selang hari that mean hari Selasa, Khamis, dan Sabtu. Selepas hari Sabtu, Auni akan dapat off-day selama 2 hari. Mean, Ahad dengan Isnin tak payah dialisis.

Selalunya boleh je control minum. Cuma minggu ni tak sedar minum terlebih. Timbang tadi nak sampai 3 kilo lebih. Itu belum tambah 500ml.


Pesakit yang perlu jalani dialisis ni, dia ada dry weight (berat kering). So bila kita dah makan minum, kita kena timbang dan tolak dengan total dry weight tu. Contohnya :

Berat Kering : 29.8kg | Berat Selepas Makan Minum : 33.4kg = 33.4kg - 29.8kg
33.4kg - 29.8kg = 3.6kg (Ini total yang harus dikeluarkan dari badan)

Hahaha.. belajar matematik pulak korang ye? Auni cuba nak fahamkan korang sebenarnya walaupun Auni tahu korang tetap tak faham.

So, back to basic. Badan Auni yang makin kurus ni sebenarnya tak boleh nak tarik air banyak-banyak. Tapi disebabkan berlagak kononnya boleh tahan, Auni tetap setting 3.6kg (3600ml). 2 jam pertama okay lagi, boleh gelak-gelak lagi. Setengah jam kemudian, Auni dah mabuk.

Mula tu buat bolayan aje. Sekali tuan suami dah perasan muka Auni pucat. Ambil blood pressure pun dah rendah. 70/40++ . Tuan suami yang panik, suruh staff nurse end-up the treatment. And sepanjang end-up tu, Auni hampir tak sedar apa-apa. Hanya dengar suara sayup-sayup panggil nama Auni.

Guess what? Tuan suami kata bibir Auni dah biru. Nasib baik tak mati. Hmm... actually jantung Auni pun dah tak kuat. Ada satu lagi treatment, CAPD. Tapi Auni tak sanggup, sebab kena tanam tiub dekat perut. Dah lalui benda tu, perit.

Semoga Auni terus kuat dan sedar diri je la lepas ni. Terima kasih sudi baca :)

4 comments:

  1. Amboi..Sakan nampak.
    Control sikit yer. hihi

    ReplyDelete
  2. Semoga auni terus kuat ye syg. Kak ana doakan yg terbaik buat auni.

    ReplyDelete
  3. Keep fighting kak Auni...Tak pernah jumpa pun tapi Mai sayang akak lillahitaala!

    ReplyDelete
  4. stay strong Auni.berat mata memandang. akak doakan awak terus kuat

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.