Header Ads

BERBALOIKAH BELI FISH AND FRIES MCDONALD'S

BERBALOIKAH BELI FISH AND FRIES MCDONALD'S - Mcdonald's ni banyak betul keluarkan produk baru kan? Bila tengok rasa tergoda. Siapa yang dah cuba Mcflurry Party & Kitkat? Auni dah cuba Mcflurry Kitkat tapi... krik krik krik...

Harini tuan suami belanja Auni Fish And Fries dari Mcdonald's. Cuma.... berbaloikan beli Fish And Fries Mcdonald's ni? Haaaa jom kita bongkar rahsia. Eceyyyy....


FISH AND FRIES MCDONALD'S

Diperbuat daripada isi ikan yang tebal dan disalut tempura. Dihidangkan bersama kentang goreng dan sos tartar.


REVIEW FISH AND FRIES MCDONALD'S

Ada yang kata its not worth dengan harga. Ok, Auni nak describes sikit lah dari segi saiz dan rasa. By the way, apa yang Auni describes ni dari mata dan tastebud Auni sendiri. Selera orang lain-lain kan?

SAIZ FISH AND FRIES MCDONALD'S

Kalau tengok memang rasa tak berbaloi sebab kecik. Tapi tapi tapi......... Isinya agak tebal uolsss. Cuma portion kentang agak sikit. Please don't expect more. Geli-geli je kentang dia tau.

RASA FISH AND FRIES MCDONALD'S

Tempura dia sedap, tapi isi ikan tasteless laa sikit. Auni prefer cicah dengan sos cili instead of the tartar sauce. Dia guna sos tartar yang letak kat Fillet O Fish tu. Untuk korang yang nak cuba, boleh lah cuba. But Auni rasa this is my first and last makan dia punya Fish And Fries.

So, agak-agak berbaloi ke beli Fish And Fries Mcdonald's ni? Kalau mengikut saiz ikan, bagi Auni berbaloi la. Tapi dari segi rasa yang so-so itu. rasanya berbaloi lagi beli ikan dori sendiri yang berharga RM10++, saiz besar dan goreng sendiri. Lagi sedap rasanya. Hahaha.. Ngada gila kan kan? Dah... sekian.

5 comments:

  1. Berbaloi lah tu...suka juga yg ini...take away je selalu..makan dlm kereta hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau Mekdi Mai suka beef burger je, hehehe amik yang dua tiga lapis baru kenyang. Burger ikan ni tawar sikit.

    ReplyDelete
  3. huu~ macam tak jek dik.. hee~ tak kenyang la akak kalau makan benda tak pedas ni..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.