Header Ads

APA RASA KFC CHIZZA

APA RASA KFC CHIZZA - Sana sini orang sibuk pasal produk terbaru KFC Chizza. Kalau tengok rupa memanglah mengiurkan sampai memang boleh terliur dengan cheese dia yang meleleh tu. Tapi apa rasa kfc chizza yang sebenarnya?

Aboy yang teringin sangat KFC Chizza ni. So 21 November haritu birthday dia, Adib dengan Mama plan nak buat surprise la. Mula-mula monyok muka birthdayboy sebab sorang pun buat tak tahu masa birthday dia, sekali KFC ada depan mata, terharu kejap si birthdayboy.


Berbalik kepada KFC Chizza tadi, Auni tak excited pun walaupun rupa dia nampak menyelerakan. Sekadar info, KFC Chizza diperbuat daripada kepingan dada ayam hot & spicy, disapu dengan sos pizza, ditabur dengan nanas, bawang, keju mozarella, emping cili dan parsley.

APA RASA KFC CHIZZA?

Untuk penggemar cheese macam adik Auni si Aboy tu, rasa KFC Chizza ni bagi dia dah cukup sedap dah. Bagi penggemar citarasa yang pelik-pelik macam Auni, rasa KFC Chizza ni sangat-sangat tasteless.

Auni hanya rasa cheese dan bawang. Rasa ayam tenggelam sama-sekali. Sejujurnya Auni hanya bagi 2.0 out of 5. Mungkin cheese nampak melimpah tapi tak sesedap yang kita gambarkan. Well, it's from my tastebud lah ye?

Sedap lagi Burger Zinger !

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.