WANGI SEPANJANG HARI DENGAN ENCHANTEUR 24H MOIST LOSYEN HARUMAN BADAN - DARI JARI NOVELLA

October 05, 2017

WANGI SEPANJANG HARI DENGAN ENCHANTEUR 24H MOIST LOSYEN HARUMAN BADAN

WANGI SEPANJANG HARI DENGAN ENCHANTEUR 24H MOIST LOSYEN HARUMAN BADAN - Kulit yang mengalami dehidrasi biasanya akan menjadi kusam dan jika terlampau teruk, kulit akan mengalami kegatalan ataupun alahan. Surirumah yang banyak melakukan kerja-kerja mencuci, dan wanita bekerja yang terdedah dengan persekitaran berhawa dingin akan menghadapi kecenderungan mengalami kulit yang kering.

Boleh je korang pakai losyen tangan dan badan, tapi adakala losyen berkenaan tidak mempunyai kelembapan yang kekal. Jangan risau, Enchanteur dah ada produk yang sesuai untuk mereka yang tiada masa untuk memakai losyen secara kerap.






ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan telah dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun supaya pengguna dapat merasakan kulit mereka kekal lembap, muda, dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari! Haa best kan?

Air Mawar bertindak sebagai penyubur dan penghidrat kulit, ekstrak Lily Putih pulak kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun terbukti dapat mengekalkan kecantikan kulit.

Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!



Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi : Charming, Romantic, dan Alluring ; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.



ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan) - Aroma yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.



ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri) - Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.


ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)  - Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.


Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. 

Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my atau lama Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY .

~ Dari Jari Novella ~

4 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.