October 23, 2017

TEMPAT PENGINAPAN MEWAH DENGAN HARGA BERPATUTAN DI KUALA LUMPUR

TEMPAT PENGINAPAN MEWAH DENGAN HARGA BERPATUTAN DI KUALA LUMPUR  - Setiapkali tiba musim percutian, tentu semua sibuk mencari tempat percutian yang menarik dan berbaloi kan? Auni sendiri, selalu berangan nak pergi bercuti di suatu tempat yang kelihatan mewah. Kadangkala berangan tu boleh mencipta satu impian tanpa sengaja, betul tak?

Berangan tu tak salah pun. Salah satu tempat idaman yang menarik dan popular di Seri Kembangan adalah Palace of The Golden Horses. Nama pun dah gah, apatah lagi seni binanya. Tempat ini adalah salah satu wishlist Auni kalau ada rezeki nanti. Kenapa Auni teringin sangat nak ke Palace of The Golden Horses?


Sebenarnya Auni berasa kagum kerana hotel bertaraf 5 bintang ini nampak mewah sangat dengan reka bentuk dan seni bina bangunannya yang agak majestic. Boleh feeling macam Raja dan Permaisuri kan? Haha. Bukan itu saja, landskap sememangnya cantik lebih-lebih lagi waktu malam. Jiwa yang tengah stress pun boleh terubat dengan pemandangan indah di luar hotel.

Oh ya, korang perasan tak billboard Traveloka kat mana-mana highway yang korang pergi? Auni teringat yang Traveloka ni ada satu application yang boleh korang download kalau nak tahu tentang hotel-hotel yang korang idamkan. Bila dah install, Auni saja test search pasal hotel Palace of The Golden Horses deals and reviews, nak tahu tak apa yang Auni dapat?



Firstly, of coz la mengenai harga. Actually Auni sendiri tak sangka rate harga dari Traveloka ni agak reasonable sangat sebab hotel ini bukanlah calang-calang hotel, malah ianya setanding hotel-hotel mewah bertaraf 5 bintang ! Harga bermula dari RM290 per night, agak-agak berbaloi tak dengan penginapan di hotel mewah begini? Bagi Auni ianya sangat berbaloi dan Traveloka memberi rate harga lebih rendah compare dengan hotel searching site lain.


Menariknya di sini, ciri-ciri kedudukan hotel Palace of Golden Horses agak strategik dan terletak beberapa minit saja dari Bandar Kuala Lumpur. Ia juga boleh diakses dengan menggunakan public transport. Ada macam-macam pilihan pengangkutan awam seperti LRT, komuter dan juga bas Rapid KL.

Oleh kerana tempat ini tersangatlah urban, perkhidmatan Grabcar dan Uber juga boleh didapati dengan mudah. Bagi korang yang mahu mengelak jammed, it is adviseable to take the train la sebab kesesakan area tempat ini agak teruk jugak.


Bilik-bilik yang disediakan oleh Palace of The Golden Horses juga amat menarik. Pelbagai jenis pilihan yang mewah, indah dan elegen.  Kalau korang jenis mahukan ketenangan, bolehlah pilih bilik ada ada view tasik. Korang bayangkan bangun pagi, buka langsir lepastu nampak tasik? Duhhh baru terbayang je dah rasa tenang. 


Auni mempunyai suami pemegang kad OKU. Sudah pasti Auni akan cari tempat yang mesra OKU. Tak semua ada kelengkapan atau tempat khas untuk warga OKU. Alhamdulillah, di Palace of The Golden Horses, kemudahan untuk OKU juga disediakan termasuk pembolehcapaian mudah. Senang kalau tuan suami nak bergerak.


Dari segi makanan pula, ada pelbagai jenis restoran yang korang boleh cuba disini. Ada coffeehouse, restoran makanan Jepun, boleh lepak minum koktel kat lounge dan juga ada restoran makanan Cina! Kalau tak cukup lagi, boleh laa korang explore dekat The Mines yang terletak tidak jauh dari hotel ini. Dah alang-alang pergi bercuti, why not jalan-jalan kan? 


Dah makan-makan tu, kalau nak pergi buang lemak senang je. Disini telah tersedia tempat untuk bersukan dan reakreasi. Korang boleh berjogging malah boleh berenang di dalam swimming pool. Yang suka pergi gym pun ada disediakan tempat khas untuk bergym. Tapi kan, Auni paling teruja tengok swimming pool di sini sebab besar. Kalau bawa budak-budak pun mesti diorang enjoy the trip kan?

Untuk korang yang nak bersantai dan relaks, disini juga menyediakan servis urutan. Auni memang suka diurut kalau tengah stress. Boleh release segala rasa-rasa negatif tu tau.


So, dari apa yang Auni explore di Palace of The Golden Horses. ianya adalah hotel penginapan yang melengkapi keinginan Auni. Sesuai juga buat korang yang malas nak travel jauh tapi nak lari dari kesibukan bandar.

So, apa tunggu lagi? Haaaa sekarang juga Auni nak menabung sebab impian bakal menjadi kenyataan katanya. Korang pun dah tahu macam mana nak score harga terendah kan kan kan?? Hehe.. Buat korang yang bercuti, selamat bercuti !

24 comments:

  1. Menarik. Best kalau dapat stay sini.

    ReplyDelete
  2. Bila sebut KL dalam kepala dah terbayang bangunan pencakar angit saja, tak sangka ada hotel yang ada view cantik

    ReplyDelete
  3. Menarik... Kemudahan yang disediakan pun bagus.....

    ReplyDelete
  4. Perghhh syoknyaa. Taraf 5 bintang tuu! Hehehe moga one fine day dapat pergi sana sebab nampak best ngat :D

    ReplyDelete
  5. Tak pernah cuba menginap di sini lagi.

    Mungkin boleh cuba next time. Nampak mewah sungguh. Fuh.

    Jemput join giveaway Pisyek: Giveaway Domain Dot Com dan WordPress Web Hosting Percuma

    ReplyDelete
  6. tiap kali lalu depan hotel ni, suka tengok bangunan dia sebab cantikkk macam istana gitu..design & dekorasi dia mmg curlass sangat...

    ReplyDelete
  7. Wow..taraf 5 bintang tapi harga murah tuh..

    ReplyDelete
  8. wah naik KL nanti boleh refer post onni

    ReplyDelete
  9. bestnya. Tak pernah lagi menginap di sini. Moga ada rezeki dapat menginap di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen.. moga kita sama sama ada rezeki..

      Delete
  10. Wow..dapat menginap semalam dah rasa heaven..

    Cantik.kemain.

    Dah la Saya memang kaki hotel punya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulaaa saya kalau dapat menetap sehari pun rasa bersyukur sangat.

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.