SINOPSIS WISH UPON : HAJAT MENGANCAM NYAWA - DARI JARI NOVELLA

October 08, 2017

SINOPSIS WISH UPON : HAJAT MENGANCAM NYAWA

SINOPSIS WISH UPON : HAJAT MENGANCAM NYAWA - Punyalah lama nak tunggu cerita ni. Sebelum ni nak ajak tuan suami tengok dekat cinema je tapi disebabkan asyik hold, maka tamatlah tayangannya. So tunggu je lah adik Auni upload.


Hmm.. not bad jugak jalan ceritanya. Menariklah untuk mereka yang suka genre seram dan aksi ganas. Tapi takdelah ganas sangat cuma boleh dilabelkan sebagai 18SG jugak lah since kanak-kanak sekarang cepat betul terpengaruh.




JUDUL : WISH UPON (2017)
GENRE : Seram, Aksi, Ngeri
PENGARAH : John R.Leonetti
PENULIS : Barbara Marshall
PELAKON : Joey King, Ryan Philippe, Ki Hong Lee, Mitchell Slaggert, Shannon Purser, Sydney Park, Elisabeth Rohm, Josephine Langford & Alice Lee


SINOPSIS WISH UPON (2017)
Jonathan merupakan seorang bekas pemuzik dan mempunyai keluarga bahagia yang penuh dengan kasih sayang. Kebahagiaan keluarganya menjadi mimpi ngeri apabila isterinya, Johanna, membunuh diri. Kejadian yang menimpa isterinya itu berlaku di depan mata anaknya, Clare, yang ketika itu masih kecil. Kerana trauma dengan kejadian itu, Clare sering dihantui dengan bayangan peristiwa ibunya membunuh diri.

17 tahun kemudian, Clare membesar menjadi seorang gadis yang cantik. Malangnya, dia sering dibuli di sekolah. Sungguhpun begitu, Clare mempunyai dua orang teman baik iaitu Meredith dan Jun.

Jonathan pula, telah bekerja sebagai pengutip barangan terpakai di tempat pembuangan sampah. Pada satu hari, dia menjumpai sebuah kotak muzik yang penuh dengan tulisan Cina. Kotak muzik itu kemudian dihadiahkan kepada Clare.

Clare mendapat tahu bahawa dia boleh membuat 7 hajat melalui kotak muzik itu, namun dia tidak tahu apa yang akan berlaku selepas dia berhajat. Clare tidak sedar, selepas hajatnya dituruti, orang-orang disisinya akan mati.

Sinopsis pun macam best kan? Bagi Auni best lah daripada layan cerita cintan cintun. Kalau nak tengok, korang boleh download online aje.

Terima kasih sudi baca.
~ Dari Jari Novella ~

2 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.