SINOPSIS TRANSIT TERAKHIR (TV3)

SINOPSIS TRANSIT TERAKHIR (TV3) - Jangan lupa menyaksikan drama di slot Cerekarama berjudul Transit Terakhir. Drama ini diarahkan oleh Ellie Suriaty. Kalau Ellie Suriaty yang jadi pengarah, so far cerita mungkin menarik. Kan?


JUDUL : TRANSIT TERAKHIR
TARIKH / MASA : Sabtu, 7 Oktober 2017, jam 9 malam
SLOT : Cerekarama TV3
PENGARAH : Ellie Suriaty
PENERBIT : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Amar Asyraf, Elgy, Roslan Salleh, Hasnah, Aleeza Kassim, Fahrin Ahmad, Lisdawatie, Dato' Zamzuri, Ain Sufiaa, Kunie, Bard Kerdil, Farali Khan, Isa Khan, Ikram Kamaruzzaman

SINOPSIS TRANSIT TERAKHIR
Drama ini mengisahkan Khalif,  merupakan bekas seorang graduan yang sering menghabiskan masa dengan berseronok dan berfoya-foya bersama rakan-rakannya. Khalif juga tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana sikapnya yang terlalu memilih kerja.

Dia juga langsung tidak menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap ayah dan ibunya. Selepas ayahnya meninggal dunia, barulah kesedaran mula timbul. Sebelum ini, Khalif berasa malu untuk menolong menjalankan bisnes bersama arwah ayahnya. 

Namun, selepas pemergian ayahnya, Khalif nekad meneruskan perniagaan ayahnya. Saksikan drama yang menarik ini di Slot Cerekarama.

3 comments:

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)