October 25, 2017

SINOPSIS INAYAH (ASTRO CITRA)

SINOPSIS INAYAH (ASTRO) - Bagi peminat novel seram, mesti ada yang sudah baca novel berjudul Inayah. Inayah ni apa? Inayah adalah bantuan dan pertolongan daripada hamba-hambanya. So, apa kaitan dengan seram?

Sebenarnya Auni baru tahu juga perkataan Inayah tu bila nampak filem adaptasi novel ini disiarkan di Astro Citra. Seram sungguh ke?


JUDUL : INAYAH 
GENRE : Seram
PENGARAH : Faisal Ishak
PELAKON : Sariyanti, Azhan Rani, Alif Sattar & Adam Corrie

SINOPSIS INAYAH
Muhammad dan Aisya adalah pasangan suami isteri yang dikurniakan anak kembar, Ummar dan Adam. Setelah lama tinggal di New York, mereka membuat keputusan untuk tinggal di Malaysia. Mereka telah membeli sebuah rumah corner lot yang agak besar.

Adam, tiba-tiba memberitahu Aisya dia tidak suka akan rumah itu kerana rumah itu menyeramkan. Beberapa hari selepas itu, ibu mertua Aisya masuk campur dan memanggil bomoh untuk 'pagar' rumah tersebut.

Walaupun hidup di New York, Aisya tetap percaya dengan kebesaran Allah taala. Puas dikata perbuatan bomoh itu adalah syirik, tetapi ibu mertuanya tetap membantah.

Tidak lama kemudian, anak mereka Adam, bersikap aneh dan liar. Adam juga suka mengasingkan diri dan tidak mahu bercampur dengan sesiapa.  Dia hanya bercakap-cakap dengan 'sesuatu' yang dipanggil Kuntum dan Ibu. Bukan itu saja, Adam turut kerap mencederakan kembarnya, Ummar, dan juga Aisya.

Aisya yang berasa pelik dengan tingkahlaku Adam, telah berjumpa Imam Ali untuk meminta pandangan. Perkara ini juga menjadi pergaduhan antara Aisya dan suaminya, Muhammad.

Apakah yang mengganggu Aisya sekeluarga? Mengapa Adam bersikap pelik? Siapakah Kuntom dan Ibu yang Adam selalu sebut? Boleh saksikan sendiri dalam telemovie Inayah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.