October 19, 2017

SINOPSIS FILEM HAUNTED HOTEL (2017)

SINOPSIS FILEM HAUNTED HOTEL (2017) - Beberapa hari ni, tengok blogger asyik update pasal Haunted Hotel je. Lama dah Auni tak keep update pasal filem di panggung wayang. Tadi saja laa layan trailer, best jugak. Auni kan peminat filem seram so rasa macam nak pergi tengok je. Best ke filem ni? Jom layan sinopsis dulu.


JUDUL : HAUTED HOTEL (2017)
GENRE : Seram
BAHASA : Mandarin
TARIKH TAYANGAN : 19 Oktober 2017
PENGARAH : Ryon Lee
PELAKON : Teddy Chin, Alvin Chong, Azman Hassan, Nadia Aqilah, Aom Sushar dan Li Chuan

SINOPSIS HAUNTED HOTEL (2017)
Filem ini mengisahkan Ling dan kekasihnya Jun yang telah mendapat peluang untuk datang ke Malaysia atas urusan kerja dan telah berjaya memenangi wang yang banyak di sebuah kasino. Dengan kemenangan itu, mereka terpaksa tinggal di sebuah hotel yang dikenali sebagai Haunted Hotel (Hotel Berhantu). 

Tanpa mereka sedari, mereka telah menempuh satu perjalanan yang menakutkan dan menyeramkan dimana mereka asyik diganggu dengan perkara-perkara aneh. Bukan itu saja, mereka juga diganggu oleh seorang wanita berpakaian putih.

Apakah yang bakal terjadi kepada pasangan ini? Mampukah mereka keluar daripada perkara menakutkan yang telah menghantui mereka?

1 comment:

  1. mama suka juga tgk citer hantu ni tapi takleh tengok sorang2 haha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.