October 30, 2017

SINOPSIS DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU (MR HOT GUY)

SINOPSIS DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU (MR HOT GUY) - Lega drama Titian Cinta dah habis. Kalau tak ramai sungguh wanita yang update pasal watak Zul Ariffin dalam drama tu. Auni tak kisah pun, okay je. Haha! Zul Ariffin dalam tu kan poyo tapi romantik.

So, harini dah episod akhir. Maka akan ada drama terbaru pulak yang menyusul bertajuk Lelaki Itu Pemilik Hatiku, adaptasi dari novel Mr. Hot Guy.



JUDUL : LELAKI ITU PEMILIK HATIKU (MR HOT GUY)
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Zul Huzaimy Marzuki
TERBITAN : A. Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin, Syazuwan Hassan, Liza Abdullah, Dilla Ahmad, Hafidzuddin Fazil, Ariff Aziz, Jaja Iliyes, Adiba Yunus, Anne Arifin


SINOPSIS LELAKI ITU PEMILIK HATIKU
Kisah Luqman Hakimi (Luke), anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Kamila. Mulanya ianya hanyalah sekadar main-main kerana Luke menyahut cabaran Andrea, calon menantu pilihan ibunya.

Andrea berjanji jika Luke berjaya memikat Nurin, Andrea akan meninggalkannya, dan jika sebaliknya, Luke perlu berkahwin dengan Andrea.

Nurin Kamila Abdullah Hisyam pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. 

Awalnya Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata anggapannya salah. Pelbagai kaedah dilakukannya seperti kaedah Bestfriend Forever, kemudian Hugs and Kisses dan ketiga Sleep Tight untuk memenangi hati Nurin.

Nurin yang semakin membenci dirinya, membuatkan Luke jatuh hati. Tapi sayang, Nurin sudah memilih Kapten Shahril Aiman sebagai pasangan hidupnya. Ketika Luke semakin pasrah, tiba-tiba nasib dan takdir menyebelahinya.

Dapatkan Luqman Hakimi memiliki hati Nurin Kamila untuk selamanya?

2 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.