October 15, 2017

SINOPSIS DRAMA DIA (TV3)

SINOPSIS DRAMA DIA (TV3) - Auni tak pasti kalau sekarang ni ada lagi atau tidak drama Cerekarama pada hari Sabtu macam selalu. Semalam sempat menonton drama Dia, lakonan Irwanshah, Janna Nick dan Izara Aishah. Not bad juga dramanya tapi tak tahu dah masuk episod berapa. Apapun, drama ini ada 60 episod. Fuh.. panjang jugak.


JUDUL : DIA
EPISOD : 60 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Oktober 2017
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 9.00 malam
SIARAN : TV3 (Drama Eksklusif)
PENGARAH : Eoon Shuhaini / Omar Olly Alaydrus / Zamri Zakaria
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd / Limelight Pictures
PELAKON : Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah, Adi Putra, Sandrinna Michelle Skornicki, Kevin Andrean, Juliana Moechtar, Aleza Shadan, Zamarul Hisham, Tatiana Sivek, Cahya Kamila, Billy Boedjanger, Emma Maembong, Farouk Hussain, Fazlina Ahmad Daud, Nonny Nadirah, Tash Yong, Taib Zamannuri, Mawar Rashid, Syaffiq Sahli, Anas Ridzuan, Rykarl Iskandar, Hefny Sahad, Nadia Brian, Ezzaty Abdullah

SINOPSIS DRAMA DIA (TV3)
Drama ini mengisahkan seorang pemuda bernama Adit, yang telah menerima surat wasiat dari arwah bapanya. Adit yang merupakan seorang pemuda yang jujur dan rajin, bakal mewarisi empayar perniagaan bapanya di Malaysia dan dia telah dipaksa berkahwin dengan Emelda, iaitu anak kenalan bapanya. 

Adit terpaksa akur dengan keputusan bapanya itu demi merealisasikan impian terakhir bapanya.engisahkan Adit, seorang pemuda jujur dan rajin yang telah menerima surat wasiat arwah bapanya. 

Di hati Adit, dia amat mencintai Aira, anak kepada pembantu rumah Emelda. Aira juga mencintai Adit. Oleh kerana patah hati, Aira membawa diri ke tempat lain dan bekerja sebagai seorang penulis.

Walaupun Adit mencintai Aira, dia tetap berusaha menjaga dan memberi kasih sayang sebaiknya kepada Emelda. Namun jodohnya dengan Emelda tidak panjang kerana Emelda meninggal dunia setelah melahirkan anak perempuan mereka yang diberi nama Icha Aulia.

Adit cuba merapatkan hubungan Icha dengan keluarga mertuanya. Konflik terjadi apabila Adit bertemu kembali dengan Aira. Namun begitu, Aira sudah mulai rapat dengan Zaid, yang juga sudah lama mendambakan cinta Aira.

Pelbagai rintangan harus dilalui Adit sepanjang hidupnya. Dapatkah Adit mengharungi segala dugaan yang penuh pahit dan getir itu? Boleh saksikan drama menarik ini pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, jam 9 malam, di TV3 !

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.