October 30, 2017

RESEPI SOTONG MASALA HOME STYLE

RESEPI SOTONG MASALA HOME STYLE - Masala ni memang kegemaran Auni. Dapat pulak dengan nasi lembut sikit, layan je makan tau. Masak masala Auni suka sotong atau udang je. Kalau daging kurang sikit. Tapi boleh je makan kalau di depan mata. 

Masak masala ni lebih kurang je macam kari tapi tak berkuah dan bersantan sangat. So, takde la muak kan? Auni suka makan dengan sayur kobis atau buncis goreng kilas macam tu je. Cukup. Tak perlu lauk lain.

RESEPI SOTONG MASALA HOME STYLE

Bahan-bahan :

Sotong - dipotong kecil ( boleh guna udang) - gaul dengan garam dan serbuk kunyit
2 labu bawang besar - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
1 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk garam masala
1 sudu teh lada putih - kisar jadi serbuk
1 bekas yogurt asli (Auni guna nestle bekas kecil)
5 biji cili merah Thailand - patah-patahkan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

Panaskan sedikit minyak, goreng sotong atau udang setengah masak dan tutup api. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang dan halia, seterusnya masukkan semua serbuk kari, serbuk cili, serbuk masala dan lada putih. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan rempah tumis tadi didalam kuali yang ada sotong @ udang tadi. Masak sehingga sekata. Masukkan yogurt dan perasakan dengan garam dan gula. Tak perlu air kerana sotong atau udang tadi dah keluarkan air.

Biarkan mendidih sikit dan bolehlah ditutup. Siap.

NOTE : Auni guna rempah Garam Masala keluaran Baba's :)

Sekali sekala makan lauk ni masa hujan-hujan macam ni dah tentulah menaikkan selera. Jangan lupa air sirap secawan. Selamat mencuba ya.

2 comments:

  1. Nampak sedap, guna garam masala? serbuk masala?kat mana nak beli?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.