October 25, 2017

RESEPI CHICKEN BUTTERMILK HOMESTYLE

RESEPI CHICKEN BUTTERMILK HOMESTYLE - First time sebenarnya buat menu ni sebab adik Auni yang bongsu tu minta tolong buat. Auni dah lama tak masak, sesekali blur jugak nak masak apa. Haha! So apa reaction lepas Auni siap masak tu?

Adik Auni asyik cakap sedap, sedap dan sedap. Asal dia nak tambah je dia cakap sedap. So when kita masak kali pertama tu dah dipuji sedap, kita lagi lah terkembang-kembang ! Auni selalu imagine yang chicken buttermilk ni sesuatu yang muak. Macam manalah orang mampu makan dengan nasi?


RESEPI CHICKEN BUTTERMILK HOMESTYLE
Bahan-bahan :
2 ketul isi ayam - dipotong kiub
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili - boleh skip
1 sudu kecil lada sulah - Auni guna Ajishio
1 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung - boleh skip
2 cubit garam

Bahan-bahan untuk buttermilk :
2 sudu besar butter
3 ulas bawang putih - dicincang
7 biji cili api - diketuk
3 tangkai daun kari
1 tin susu cair
2 sudu besar susu pekat

Cara-cara membuat chicken buttermilk :
Campurkan ayam bersama serbuk kari, serbuk cili, lada sulah, telur dan tepung. Gaul hingga rata dan perapkan lebih kurang setengah jam. Kemudian, goreng ayam secara deep fry. Kemudian toskan.

Untuk buttermilk, cairkan butter di dalam kuali. Masukkan bawang putih, cili api dan daun kari. Biarkan sehingga naik bau dan masukkan susu cair dan susu pekat. Apabila sudah separa mendidih, masukkan ayam tadi. Gaul sehingga rata, tutup api.

NOTE : Versi ini tidak berkuah. Selamat mencuba!

3 comments:

  1. Memang kegemaran saya ni.. Selalu makan kat kedai.. Sekarang dah boleh buat sendiri dah..
    Terima kasih :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaa... sama-sama.. bolehlah buat sendiri... simple sangat..

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.