PERLU KE TINGGALKAN ANAK-ANAK WALAUPUN HIDUP SUSAH? - DARI JARI NOVELLA

October 06, 2017

PERLU KE TINGGALKAN ANAK-ANAK WALAUPUN HIDUP SUSAH?

PERLU KE TINGGALKAN ANAK-ANAK WALAUPUN HIDUP SUSAH? - Sekarang umpama musim tinggalkan anak tanpa sebab. Apa yang terjadi pada Malaysia ni semuanya bermusim. Dalam beberapa minggu ni, boleh kata kerap jugak Auni baca tentang ibubapa yang meninggalkan anak-anak mereka.

Mungkin atas dasar kurang kemampuan dan sebagainya. Sedih betul. Sedangkan anak-anak itu amanah. Terbaru, Auni baca tentang seorang warga tua yang menemui dua orang kanak-kanak yang duduk bersama beg pakaian di depan pagar.

Kanak-kanak itu adalah seorang budak perempuan lebih kurang berumur 2 tahun dan seorang bayi lelaki. Sebak terkenang nasib kanak-kanak yang kehilangan kasih sayang ibubapa.


Membaca komen, ada yang simpati dengan nasib ibubapa kanak-kanak itu kerana mungkin saja ibubapa berkenaan mengalami kesempitan hidup, tapi bagi Auni, ini sejenis KESALAHAN ! Kesempitan hidup bagaimana pun, ini bukanlah caranya.

Di Malaysia, kita ada pelbagai medium untuk meminta bantuan. Kalau rasa taknak jaga sangat, Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh membantu. Bayangkan kanak-kanak ini diculik oleh sindiket dan dijadikan pelacur, peminta sedekah dan sebagainya (nauzubillahminzalik), tak rasa berdosa ke aniaya mereka?

Sungguhpun Auni bukanlah seorang ibu, tetapi naluri keibuan tu ada. Tersentuh sangat rasanya bila anak-anak ini ditinggalkan macam tu. Mungkin ada isu permasalahan tentang ibubapa kanak-kanak ini, tetapi sebaiknya hantarlah mereka kepada sumber yang boleh dipercayai.

Terima kasih sudi baca. 
~ Dari Jari Novella ~

4 comments:

  1. Ada baca pasal isu ni..ish, kenapa la sanggup tinggalkan anak2 macam tu je..tak takut ke anak2 tu kena culik..kena jual..ishhh..tau tak berapa ramai pasangan yang dah kahwin, menunggu kehadiran si kecil ni..yang senang Allah nak bagi ni, buang2 gitu je..haih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Hantar saja ke rumah kebajikan, bukan tinggal2 macam tu je.. hmmm

      Delete
  2. Perbuatan yang sang at kejam..

    Kasihan sungguh la..

    ReplyDelete
  3. Allahu Akbar.
    aida baca brita ni, auni.
    sampai hati... aduhai...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.