MENCUBA MENU AYAM BAKAR MADU DARI DAPUR PENYET - DARI JARI NOVELLA

October 01, 2017

MENCUBA MENU AYAM BAKAR MADU DARI DAPUR PENYET

MENCUBA MENU AYAM BAKAR MADU DARI DAPUR PENYET - Dah lama tak makan di restoran Dapur Penyet. So far, Auni memang suka makan dekat sini sebab ayam dia banyak isi. Kalau lapar memang kenyang la.

Kali terakhir Auni makan di Dapur Penyet mungkin sekitar bulan Mac atau April. Lama jugak tu. Tiba-tiba hati tergoda kembali bila tengok iklan Ayam Bakar Madu. Hati dah tak sabar nak rasa. Apa lagi..... ajak tuan suami la pergi makan!


Pertama kali Auni merasai produk dari  Dapur Penyet ini adalah di Wangsa Maju, berdekatan dengan Wangsa Walk. Lepas pertama kali dah mencuba, terus jatuh cinta. So, Auni cuba cari area Ampang ni haa. Alhamdulillah jumpa. Biasanya Auni makan Ayam Penyet je.

So, kali ni nak cuba menu baru, Ayam Bakar Madu. Sebelum ini di Dapur Penyet sudah menyediakan menu Ayam Bakar biasa. Kali ni mungkin sedikit kelainan bila Ayam Bakar disiram Madu!


Suami memang si pentegar Ayam Penyet. So dia order Ayam Penyet. Kalau korang order bahagian isi dan sejenis yang tak makan banyak, rasanya ayam tu boleh kongsi dua. Oh ya! 3 Layer Tea memang minuman wajib setiapkali Auni datang ke Dapur Penyet. Paling best adalah sup. Sumpah SEDAP!


AYAM BAKAR MADU - RM 9.90
(exclude rice)


AYAM PENYET - RM 8.90
(exclude rice)

Auni minta extra sambal. Untuk pengetahuan, extra sambal perlu bayar RM1.50 macam tu. Untuk mengelakkan pembaziran jugak sebenarnya. Sebelum ni sambal boleh refill banyak-banyak secara percuma. Tapi benda percuma ni selalu orang tak hargai sangat dan suka membazir. Kan?

REVIEW AYAM BAKAR MADU
Pendapat jujur dari Auni, sedap. Sebab ayam bakar yang disiram madu tu, bila dicicah dengan sambal yang pedas, rasa nak makan lagi dan lagi. Rasa macam ketagih pun ada jugak. So far memang best. Kalau tak best, tak licin pinggan dengan ayam-ayam tu.

Terima kasih sudi baca.

ALAMAT
No. 12, Jalan Wawasan 2/12 
Bandar Baru Ampang 
68000 Ampang, Selangor 
03-42704726

8 comments:

  1. suka sangat dapur penyet! ayam besar, rangup, dan lembut

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Kan? Tengok entri ni macam teringin plak dah..

      Delete
  3. Terus rasa nak mkan ayam penyet..tp x nak makan nasi..nak ratah ayam je..nanti gemuk payah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.