October 27, 2017

KENALI PENYAKIT NECROPHILIA : GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP MAYAT

KENALI PENYAKIT NECROPHILIA : GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP MAYAT - Terbaca ada satu kejadian di Bolivia dimana seorang duda yang baru kehilangan isterinya yang telah mati, terkejut apabila mendapati jururawat lelaki melakukan hubungan seksual terhadap mayat isterinya itu.

Hmm... gila kan? Bagi Auni zaman sekarang manusia gila semakin ramai. Terlalu banyak mental disorder yang disenaraikan. Antaranya adalah Necrophilia. Apa Necrophilia tu? Auni pun baru tahu mengenai perkataan ni dan Auni nak share dengan korang sebagai ilmu pengetahuan jugak.


APA ITU NECROPHILIA?

Necrophilia adalah kehendak seksual yang pelik bagi pengidapnya di mana dia memiliki kecenderungan seksual terhadap mayat.

Necrophilia terbahagi kepada 3 jenis iaitu :

1) Necrophilic Homicide - Pengidapnya perlu membunuh terlebih dahulu untuk mendapatkan mayat untuk kepuasan seksualnya.

2) Regular Necrophilia - Pengidapnya hanya menggunakan mayat yang sudah mati untuk kepuasan seksualnya.

3) Necrophilic Fantasy - Pengidapnya akan berfantasi melakukan hubungan seksual dengan mayat, tetapi tidak melakukannya.

Dalam pembelajaran penelitian yang dilakukan oleh Dr. Jonathan Rosman dan Dr Philip Resnick, mereka mendapati terdapat 122 kes Nechophilia terdiri daripada Regular Nechophilia. Secara umum, pengidap atau penderita penyakit ini adalah mereka yang bekerja di bilik mayat.

Yang Auni baca, data menunjukkan 90% pengidap ini adalah dikalangan kaum lelaki. Hmm.. bahaya jugak kan kalau mental tak kuat ni?

GEJALA NECROPHILIA

Kehendak seksual yang tinggi setiapkali melihat mayat.

PERAWATAN NECROPHILIA

Pengidap Necrophilia atau dikenali dengan kelainan seksual ini haruslah mendapatkan rawatan psikopatologi yang sesuai. Salah satu rawatan untuk pengidap kelainan seksual ini adalah dengan terapi kognitif.

Kenapa ada dikalangan mereka ini sanggup untuk bernafsu pada mayat? Dari sumber ini dikatakan, pengidap Necrophilia sangat takut dengan hubungan seksual secara normal. Mayat adalah cara mereka melepaskan kehendak seksual mereka, kerana mayat tidak akan melawan.

Well... baca pun dah tahu ini sindrom orang gila kan? Jagalah ahli keluarga kita. Mental sakit perlu diberi sokongan sehabis baik. Hopefully dikalangan kita tak adalah yang jenis macam ni ya?

INFO & SUMBER : HEALTH DETIK

Terima kasih sudi baca.

4 comments:

  1. Ye la kat bilik mayat tu semua terbogel..Kalau iman tak kuat, huhuhu. Paling risau mental gangguan seksual la, terutama pedo T_T. Whyyyyy whyyyyyy them exist!

    ReplyDelete
  2. syukur takde penyakit ni.

    dan harapnya tak kena penyakit ni satu hari nanti.

    ReplyDelete
  3. alamak.. peliknya.. ni sejenis sakit mentak kot

    ReplyDelete
  4. Macam macam penyakit ada sekarang nih. Takut kan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.