JAGA-JAGA DENGAN SINDROM MENTAL HOARDING DISORDER - DARI JARI NOVELLA

October 12, 2017

JAGA-JAGA DENGAN SINDROM MENTAL HOARDING DISORDER

JAGA-JAGA DENGAN SINDROM MENTAL HOARDING DISORDER - Bila baca, macam tak sangka pulak sindrom yang berlaku pada Abah, Mama dan Auni sendiri merupakan masalah mental. Sebenarnya ramai lagi yang mengalami sindrom ini kan?


APA ITU MENTAL HOARDING DISORDER?
Sekadar berkongsi apa yang Auni baca, pengidap Mental Hoarding Disorder adalah seorang individu yang mengalami kesukaran untuk membuang atau menjual harta miliknya, atas alasan 'sayang' . Mula-mula nampak macam tak ada apa-apa kan? Tetapi ianya merupakan sejenis penyakit.

Ada kisah tentang warga emas yang hidup bersama 'sampah' kerana mengidap sindrom ini. Berapa banyak sampah tu? Lebih kurang 10 TAN uolsss. Perghh.... semua bagi dia ada sentimental value kot. Padahal tak guna pun barang-barang tu.

SIMPTOM-SIMPTOM PENGIDAP MENTAL HOARDING DISORDER (HOARDER)
Terlampau bergantung dengan barang-barang lama yang sudah tidak berguna.

Tidak mampu dan tidak mahu membuang barang-barang lama tersebut sedangkan ianya sudah tidak bernilai.

Percaya bahawa barang itu akan ada kegunaan satu masa nanti padahal barang tu memang dah tak berguna langsung.


APA YANG PERLU DILAKUKAN BILA MENGALAMI SIMPTOM MENTAL HOARDING DISORDER?
Sebaik-baiknya, jumpalah pakar psikologi untuk membanteras perkara yang tak diingini. Sanggupkah korang tengok rumah bersepah macam dalam gambar tu? Actually, kalau taknak jumpa pakar pun, boleh je paksa diri untuk pulih sendiri.

Bertahun jugak Auni mengalami Hoarder ni. Alhamdulillah sekarang dah normal. (tepuk tangan)

Selain daripada jumpa pakar psikologi, apakata korang buat total cleaning? Buang saja sambil pejam mata. Dah kalau barang tu berbulan-bulan malah bertahun-tahun tidak disentuh, buat apa lagi nak simpan kan? Buang je. (Inilah Auni lakukan dan rasa puas hati).

Semoga bermanfaat untuk semua. Kalau korang nak baca tips-tips membantu para Hoarder ini menyisihkan barang-barang, baca di MingguanWanita.Com
~ Dari Jari Novella ~

2 comments:

  1. kdg2 barang lame ni ad sentimental value. tak elok pun still usaha nak bagi elok lgi. hehehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum auni :)
    aida rasa abah aida = hoarder.
    umah kat kg tu full of brg lama.
    buku universiti kami-kami pon ada lagi.
    mostly outdated dah. but abah refused to buang :) hu hu hu..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.