CARA MAKAN JERUK MAMAN PALING SEDAP

CARA MAKAN JERUK MAMAN PALING SEDAP - Pernah satu masa Auni teringin sangat nak makan jeruk maman. Ada terbaca yang jeruk maman sangat sedap dibuat masak lemak cili api. Auni pernah cuba tapi tak kena dengan tekak. 

Awalnya, Auni bayangkan jeruk maman ni ada rasa masam-masam. So kalau buat masak lemak cili api mestilah sedap, kan? Sangkaan Auni meleset, jeruk maman yang Mama beli sebelum ini rasanya pahit, itu saja.


Semalam Mama baru balik dari Taiping. Mama  bawa balik jeruk maman dan petai. Memang berdebar-debar rasa nak makan. Benda-benda macam ni memang seronok makan dengan Mama sebenarnya. Baru feeling. Hehe..

So, puas Auni fikir cara paling sedap nak makan jeruk maman ni. Mama beli je, dia pun tak tahu macam mana nak makan jeruk maman ni. Puas difikir-fikir, Mama dah keluarkan arahan supaya gaul jeruk maman ini dengan budu.

Bahan-bahannya senang : Budu setengah mangkuk kecil, 4 biji limau kasturi diambil jus, dan 5 biji cili api yang diketuk. Sebatikan dan gaul dengan jeruk maman.

Aduhai... dia punya 'pergi' tu tak tau nak habaq dah. Sedap sangat ! Berselera je makan. Kena pulak dengan ikan kerisi goreng.. memang feeling duduk kampung.. Cuma pastikan jeruk maman tu yang dah lama dijerukkan. Kalau yang baru, masih pahit.

Sekadar berkongsi, sebab sedap. hehe~
DARI JARI NOVELLA
CARA MAKAN JERUK MAMAN PALING SEDAP CARA MAKAN JERUK MAMAN PALING SEDAP Reviewed by Tunsha Ayunie on October 16, 2017 Rating: 5

5 comments

  1. Nani suka masak lemak maman. Heheh.

    ReplyDelete
  2. apa tu jeruk maman...? *serius tak tahu*

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa.. sejenis daun yang dibuat jeruk kak 😂

      Delete
  3. Tak pernah try lagi jeruk maman ni, tapi ayah dengan mak memang suka makan

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum ayunie.
    aida dtg terjah blog ni.
    jeruk maman tak pernah aida makan lagi.
    tapi, rendang ayam maman, aduhai sedap nyerrrr.
    memang rasa nyer pahit2. rendang. pahit2 lemak...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.