CARA DIDIK DIRI JANGAN TERLALU LEMAH KETIKA SAKIT - DARI JARI NOVELLA

October 06, 2017

CARA DIDIK DIRI JANGAN TERLALU LEMAH KETIKA SAKIT

CARA DIDIK DIRI JANGAN TERLALU LEMAH KETIKA SAKIT - Sebagai pesakit kronik, adakala Auni faham apa yang ditanggung oleh pesakit atau ahli keluarga pesakit. Tak ramai yang mampu terima mereka dikurniakan sakit kronik.


Sakit kronik. Istilah ini mungkin agak menakutkan bagi sesetengah orang. Bila mengaitkan tentang sakit kronik, risiko terakhir adalah MATI. Tapi sampai bila kita nak hidup dengan ketakutan macam ni kan?



23 tahun menjalani kehidupan sebagai pesakit, bukanlah perkara yang mudah bagi Auni. Sedih dan adakala separuh gila, biasa Auni lalui dalam kehidupan. Iman dalam diri pun tidaklah teguh, tapi cuba kuat, supaya yang seperjuangan dengan Auni tidak lemah. So, Auni nak share cara untuk didik diri supaya jangan terlalu lemah ketika sakit.


TARIK NAFAS DAN BERSYUKUR - Kita selalu rasa kita paling sakit, sedangkan ada yang lebih sakit. Ayat ni mungkin agak klise tapi itulah hakikatnya. Tak semua manusia dikurniakan kaki untuk berjalan, tetapi yang tiada kaki tu selalunya lebih kuat semangat juangnya.


SENTIASA POSITIF - Memang, sebagai pesakit kita akan ada satu sisi negatif. Jangan teruskan. Kembali tenang dan fikir yang positif-positif. Auni selalu fikir, "aku dikurniakan sakit sebab aku kuat" ... Bila kita dah mampu sampai fasa kekuatan tu, kita akan rasa bersyukur dengan sakit ini.



KUAT SEMANGAT - Jangan lemahkan semangat sendiri. Ada orang kalau demam pun dia dah rasa macam nak mati, apa lagi pesakit kronik kan? Please jangan ! Kuatkan semangat setiap kali rasa down. Orang yang sakit ini sentiasa dianggap sebagai hero dan heroin bila kuat semangat.


FIKIR YANG INDAH SAJA - Untuk orang macam Auni, kadang-kadang rasa cemburu dengan kehidupan normal orang lain. Kadang-kadang rasa tak indah sungguh hidup ini. Tapi, cari satu perkara yang boleh buat korang happy. Kalau Auni stress, mostly Auni suka pejam mata, bayangkan langit yang biru, bunga yang mekar dan insyaAllah, perasaan tenang selepas itu.


JADIKAN DIRI SENDIRI SEBAGAI INSPIRASI - Yup! Orang sakit inilah yang selalu memberi inspirasi pada orang normal. Berikan kata-kata semangat. Tunjukkan kita yang sakit ini mampu melalui fasa-fasa sempurna seperti orang normal yang lain.


Semoga perkongsian dari Auni kali ini memberi manfaat pada korang yang sedang sakit atau baru diagnosis sebagai pesakit. Untuk korang yang ada ahli keluarga berpenyakit, please bagi sepenuh sokongan dan dorongan. Don't overprotected! Kebanyakkan pesakit tak begitu suka orang yang terlalu overprotective ni.


Terima kasih sudi baca.
~ Dari Jari Novella ~

4 comments:

  1. Ya, setuju dgn Auni... mesti STAY STRONG...
    tapi nak tanya juga,
    end stage renal failure ni penyakit kerosakan buah pinggang?
    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sis, end stage renal failure adalah kerosakan buah pinggang 🙂

      Delete
  2. BETUL TU.. sokong.. stay strong, Sesungguhnya Allah tak mguji hambanya di lur kemampuan

    ReplyDelete
  3. Stay strong.
    You remind me of my family friend. She is 24, has cancer since she was 10. Just like you, she is positive and strong. And happy go lucky person :)

    www.itslynblog.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.