BOLEH KE SUAMI MENCIUM JENAZAH ISTERI? - DARI JARI NOVELLA

October 06, 2017

BOLEH KE SUAMI MENCIUM JENAZAH ISTERI?

BOLEH KE SUAMI MENCIUM JENAZAH ISTERI? - Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat. Persoalan macam ni sering bermain di dalam kepala Auni. Sebab pernah tengok drama Tanah Kubur, yang pasangan (suami,isteri) tidak boleh mencium jenazah pasangan mereka.

Secara logiknya kalau Auni fikir, jenazah itu hanyalah jasad yang sudah tiada nafsu. Amalannya sudah terputus dengan dunia dan tiada apa-apa lagi yang akan dihitung selepas dia mati.

Sekadar Hiasan.

Dari kitab Fiqh mengatakan, sesungguhnya orang yang telah mati sudah putus dari menjadi muallaf (orang yang perlu mengikut syariat). Mereka ini sudah terpisah dari dunia dan hukum syariat. Hukum syariat ini adalah untuk orang yang hidup, bukanlah untuk mereka yang sudah meninggal dunia.

ADAKAH BATAL WUDUK APABILA MENCIUM JENAZAH?

Jika yang (suami,isteri) masih hidup dalam keadaan masih ada wuduk dan dia mencium jenazah pasangannya, wuduknya terbatal. Sepakat ulama mengatakan bahawa wuduk jenazah tidak terbatal kerana terangkatnya taklif kepada jenazah.

Jadi, mencium pasangan suami atau isteri yang telah meninggal dunia adalah dibolehkan. Tetapi biarlah dengan adab sopan ya? Wallahualam. 


Terima kasih sudi baca.

3 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.