ATASI RAMBUT GUGUR DENGAN SYAMPU DAN GARAM

ATASI RAMBUT GUGUR DENGAN SYAMPU DAN GARAM - Rambut adalah mahkota wanita. Korang pun tahu kaum hawa ni sejenis yang memang mementingkan tentang rambut yang sihat, lebat, cantik dan bersinar. Rambut gugur dua tiga helai pun dia punya meroyan tu lain macam. Tak masuk lagi dengan kulit kepala gatal atau rambut kasar.

Auni dilahirkan dengan rambut yang cukup lebat. Orang memang suka dengan rambut Auni tau. Tapi makin hari, lagi-lagi sejak on treatment, rambut gugur bagai nak rak. Tension jugak sebenarnya tengok rambut sendiri gugur dah macam baru lepas kimo. 

Ada jugak hajat nak potong rambut tapi sebab tuan suami suka rambut Auni panjang, maka kita simpan je la walaupun rimas.


Sejenis Auni, kalau dia malas nak Google, dia tanya dalam Facebook. So sebab harini Auni sedar masa mandi, rambut gugur dah macam apa tak tau, maka stress mula bersarang, maka Auni pun bertanya jela dalam Facebook, solution masalah rambut gugur yang Auni alami.

Ada suggest syampu Wowo, ada juga yang suruh guna yogurt sebab mungkin rambut dan kulit kepala Auni kurang nutrisi. Yang paling Auni teruja adalah petua letak garam dalam syampu. Rasa macam jekunssss kejap sebab tak pernah tahu yang garam elok untuk rambut. But.. chopppp! Auni pernah guna syampu bamboo salt apa entah. Haaa dah flashback pasal garam elok untuk kulit kepala.


Orang dah bagi petua, baru sibuk rasa jari nak Google pasal syampu campur garam ni. Memang omputeh pun guna petua ni jugak rupanya untuk masalah rambut. Cuma korang kena ready conditioner jugak lah sebab nanti rambut jadi kasar dan kusut.

ATASI MASALAH RAMBUT DENGAN GARAM

Untuk rambut berminyak - Campurkan 2 sudu teh garam berserta syampu kemudian urutkan pada rambut. Minyak akan berkurangan pada basuhan yang pertama.

Untuk rambut berkelemumur - Lumur lebih kurang 1-2 sudu teh garam di kulit kepala. Urut kulit kepala dengan garam lebih kurang 10 minit dan bilas.

Untuk rambut gugur - Selepas syampu rambut, bilas dan lumur garam di kulit kepala yang masih basah. Urut kulit kepala 10 - 15 minit dan bilas. Lakukan selama 2 kali seminggu dalam masa 2 bulan.

Mudah kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
ATASI RAMBUT GUGUR DENGAN SYAMPU DAN GARAM ATASI RAMBUT GUGUR DENGAN SYAMPU DAN GARAM Reviewed by Tunsha Ayunie on October 31, 2017 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.