AJAR ANAK JANGAN SENTUH BAHAGIAN 'INI' - DARI JARI NOVELLA

October 11, 2017

AJAR ANAK JANGAN SENTUH BAHAGIAN 'INI'

AJAR ANAK JANGAN SENTUH BAHAGIAN 'INI' - Zaman sekarang, tak ada apa yang mampu menghalang kita daripada perkara-perkara yang tidak diinginkan. Zaman sekarang juga, banyak dilaporkan di media tentang kanak-kanak yang dicabul atau dirogol. Yang paling menyedihkan, ianya melibatkan bapa atau ahli keluarganya sendiri. Nauzubillahminzalik.


Banyak sangat kes ayah dan datuk rogol anak atau cucu perempuan merek.a Sebak rasanya bila tergambar peristiwa macam ni. Yang menjadi pelindung pula yang berperangai iblis latnatullah. Senang betul menerima godaan.

Oleh itu, ajarlah pada anak-anak kita bahagian-bahagian tubuh yang tidak boleh disentuh oleh sesiapapun. Tak kisahlah perempuan atau lelaki.

BIBIR, DADA, FARAJ & PUNGGUNG - Mohon pesan pada anak perempuan, jangan benarkan atok, bapa, abang kandung, adik kandung, bapa saudara, anak-anak pengasuh atau mana-mana lelaki menyentuh bahagian itu.

BIBIR, DADA, ZAKAR & PUNGGUNG - Ini juga pesanan buat anak lelaki, jangan biarkan bahagian-bahagian ini disentuh, tidak kiralah lelaki ataupun wanita.

JIKA BERLAKU SESUATU YANG TIDAK DIINGINI 

Andaikan saja 'sesuatu' berlaku, ajarlah anak kita supaya MENJERIT SEKUAT HATI, GIGIT SI PELAKU, LARI LAJU-LAJU PADA IBUBAPA dan seterusnya BUAT LAPORAN POLIS!

Ada jenis bangsa kita sendiri, jika perkara ini melibatkan saudara sendiri, takut nak buat laporan polis. Takut sangat kalau putus silaturrahim. Yang trauma, anak sendiri. Ehh.. mana boleh macam tu? Keadilan perlulah dilaksanakan. Jangan gunakan alasan bersaudara. Kesian pada anak-anak jika keadilan tidak dituntut.


Sedih bila baca, ada diantara ibubapa yang tidak mempercayai anak-anak mereka. Sehinggakan mereka mengadu kemaluan sakit, nak buang air pun susah, tapi sikap ibubapa mereka hanya sekadar sambil lewa seolah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Tolonglah jangan bersikap endah tak endah macam ni. Yang trauma nanti, anak kita juga! Trauma ini satu penyakit jiwa yang kekal, boleh membawa kepada bunuh diri. Sanggupkah?

Pantau juga jika ada anak-anak yang sudah dewasa jika mereka ada menyimpan video lucah. Sebagai ibubapa, anak-anak adalah amanah. Jagalah mereka sebaik-baiknya. Didiklah mereka, sayangi mereka, peluklah mereka jika mereka kesedihan. Banyakkan mengambil tahu masalah anak-anak.

Akhir kata, gunalah pancaindera yang Allah SWT sebaiknya. Moga perkongsian ini bermanfaat. Sumber asal : Akhi Fairuz
~ Dari Jari Novella ~

5 comments:

  1. thanks sharing this Auni...
    mrs pip setuju sgt kita harus didik anak2 bab ini ...
    mrs pip pun baru sahaja attend program kat playschool anak, program kesedaran gangguan seksual di kalangan anak anak ... memang merisaukan perkara begini boleh terjadi bila2 sahaja dan kepada sesiapa sahaja yg ada anak kan ...

    ReplyDelete
  2. Jangan menyentuh bagian sensitif merupakan salah satu pelajaran mengenai seks sejak dini. Hal ini menjadi sangat penting karena jangan sampai mereka malah mendapatkan informasinya dari lingkungan luar. Salam kenal dari Pontianak Kak.

    ReplyDelete
  3. Semua tu yg sering akak ingatkan anak-anak akak...sekarang macam2 berlaku..terlalu ramai orang yang kurang waras...

    ReplyDelete
  4. having 2 gojes girls, aida memang sgt jaga.
    sgt risau. sgt takot, auni :(
    dgr plak berita ganas gini, sumbang mahram sgt tinggi skang ni.
    aida sendiri, end of ogos tu ada kes di session court melaka.
    pagi tu amatlah ramai. rupa nyer ada 2 kes sumbang mahram!!!
    satu tu oleh datuk terhadap cucu. satu tu oleh pak sedara terhadap anak sedara!!!
    aida langsung tak toleh belakang tgk muka 2 lelaki kejam tu.
    satu mahkamah diam aje masa jurubahasa tgh baca pertuduhan. Allahu Akbar.

    ReplyDelete
  5. Pentingnya untuk kita bagi didikan kepada anak-anak untuk mengelakkan ganguan s*ksual macam ni.

    Zaman ni zaman teknologi, macam-macam boleh diakses sekelip mata.. makin menjadi-jadi kes2 macam ni..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.