AD-DABBAH HAIWAN DI AKHIR ZAMAN - DARI JARI NOVELLA

October 13, 2017

AD-DABBAH HAIWAN DI AKHIR ZAMAN

AD-DABBAH HAIWAN DI AKHIR ZAMAN - Auni ada tengok satu video yang menunjukkan seekor ular hitam yang ada kaki. Tetapi apa benda tu? Memang Auni jenis tak berapa pelik dengan kejadian yang Allah taala dah cipta, cuma perasaan ingin tahu tu menebal dalam diri. Bila baca komen, ada yang mengatakan ianya seekor Ad-Dabbah. Hmm apa tu?

Sekadar Hiasan

Ad-Dabbah adalah haiwan yang disebut sebagai tanda-tanda pada hari kiamat. Ianya sejenis haiwan yang melata seperti yang difirmankan Allah taala dalam surah Al-Namn bermaksud, " Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami. "

Ad-dabbah, seekor haiwan yang memiliki ciri khas yang istimewa daripada segi kekuatan, kebesaran tubuh, pengetahuan, dan keindahan fizik. Allah taala mengirimnya dengan tugas yang khusus untuk dilaksanakannya. Jika ada seseorang yang mencari Ad-Dabbah, nescaya dia tidak dapat menemuinya. Ad-Dabbah akan mendatangi manusia-manusia yang sudah tercatat nama mereka.


CIRI-CIRI AD-DABBAH
Terlalu banyak riwayat yang mengungkapkan karakter atau ciri-ciri Ad-Dabbah. Tidak diketemukan di dalam mana-mana hadis Nabi SAW, kecuali atsar(khabar) dari para sahabat. Bagaimanapun. ianya tidaklah bertentangan dengan ayat Al-Quran dan hadis ataupun akal.

Ad-Dabbah adalah haiwan yang berbeza dengan haiwan yang pernah kita temui.

Hudzaidah bin Yaman r.a mengatakan bahawa Ad-Dabbah itu bercahaya, memiliki rambut dan bulu yang tidak akan ditemui oleh sesiapapun yang mencarinya. dan tidak akan luput dilihat oleh setiap orang yang melarikan diri darinya.

Diriwayatkan pula oleh Abu Hurairah r.a, Ad-dabbah mengandungi semua warna. Di antara kedua tanduknya terdapat suatu jarak yang sangat jauh untuk diduduki pengendera(kenderaan).

Diriwayatkan oleh Ibnu Zubair r.a, telinganya sebesar telinga gajah, tanduknya seperti kijang, lehernya seperti leher burung unta, dadanya seperti dada singa, warnanya warna harimau, pinggulnya pinggul kucing, ekornya seperti ekor kambing, kakinya seperti kaki unta dan antara sendi-sendinya berjarak dua belas hasta.

Ibu Abbas r.a pula menggambarkan bahawa Ad-Dabbah memiliki leher yang panjang, boleh meilhat dari timur dan barat. Wajahnya seperti wajah manusia, paruhnya seperti paruh burung, berambut dan berbulu halus.

Diriwayatkan oleh Amr bin Ash r.a, kepala Ad-Dabbah menyentuh langit, sementara kakinya belum keluar dari bumi.

Diriwaytkan oleh Ibnu Umar r.a , Ad-Dabbah itu berlari seperti kuda selama tiga hari, sementara sepertiga badannya belum juga keluar dari bumi.

Dunia kita semakin uzur dan tidak lama. Perbanyakkanlah amalan selagi ada didunia. Pesanan ini untuk diri Auni yang acapkali juga leka. Wallahualam.

9 comments:

  1. menakutkan tapi tu la kenyataan yg kita harus tempuhi..semoga kita dipermudahkan dalam urusan didunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  2. dah akhir zaman...kita kena la persiapkan diri...

    ReplyDelete
  3. Seramnya binatang ni.. Semoga kita bersedia dari segi amalan dan taqwa dalam menghadapi hari-hari mendatang...

    ReplyDelete
  4. Semoga kita semua diselamatkan Dari ancaman fitnah akhir zaman. Takutnya mengenangkan dunia yg makin uzur ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.