SINOPSIS SIAPA DIA SEBENARNYA (TV3) - Tunsha Ayunie Punya Belog

September 09, 2017

SINOPSIS SIAPA DIA SEBENARNYA (TV3)

SINOPSIS SIAPA DIA SEBENARNYA (TV3) - Dah lama tak tengok Nina Iskandar berlakon. Last rasanya bulan puasa haritu, drama Andainya Takdir. Tak sangka Nina Iskandar berlakon best. Tadi tengok iklan pun macam best je drama malam ni.


JUDUL : SIAPA DIA SEBENARNYA
GENRE : Suspen
TARIKH / MASA : Sabtu, 9 September 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Adza Emie
PENGARAH : Ebby Saiful
TERBITAN : Mache Allstar United
PELAKON : Remy Ishak, Izara Aishah, Nina Iskandar, Dato Seri Shahreza, Salimah Mahmud, Zulkifli Ismail, Elly Mazlein 


SINOPSIS SIAPA DIA SEBENARNYA
Arianna adalah seorang penulis buku yang mempunyai peristiwa hitam dalam hidupnya. Dia telah berkenalan dengan seorang pemuda bernama Qalif. Hanya beberapa bulan bercinta, Qalif telah melamar Arianna untuk menjadi isterinya dan Arianna bersetuju.

Setelah beberapa hari, mereka pergi berbulan madu di sebuah pulau. Disitu, Arianna terserempak dengan seorang wanita yang penuh parut torehan di mukanya. Gadis itu mula melarikan diri setelah bertembung dengan Qalif.

Arianna mula berasa tidak sedap hati dan dia mula menyiasat apa sebenarnya yang terjadi kepada gadis itu sehingga dia jadi takut setiapkali melihat Qalif. Dia lakukan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Qalif. Dalam masa yang sama, dia membuat kertas kerja berkaitan tiga kes bunuh dimana cara pembunuhan mereka hampir sama.

Qalif mendapat tahu tentang siasatan Arianna dan memberitahu bahawa Haziqah seorang perempuan gila yang obses terhadap dirinya. Perkara itu membuatkan Arianna memberi kepercayaannya semula kepada Qalif.

Malangnya, kepercayaan Arianna dibalas dengan perkara yang sama Qalif lakukan kepada bekas-bekas isterinya sebelum ini, termasuk Haziqah, iaitu cubaan membunuh.

Siapakah Qalif yang sebenarnya?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.