SINOPSIS DRAMA HAYAT (TV3)


SINOPSIS DRAMA HAYAT (TV3) - Selamat Hari Raya Aidiladha. Harini satu famili penat. Lepas beraya dekat rumah Wanchik, kami pergi Tasik Puteri, beraya rumah Atok pulak. Lepas tu duduk rumah layan drama. Auni rasa ini drama ulangan je, sebab Mama cakap Mama dah pernah tengok..


Best jugak tengok drama melibatkan kekeluargaan ni. Bosan asyik layan drama orang kaya.


JUDUL : HAYAT
GENRE : Drama
PENGARAH : Bade Haji Azmi
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Fezrul Khan, Ayu Raudhah, Fimie Don, Fikhree Bakar

SINOPSIS DRAMA HAYAT (TV3)
Hayat mempunyai satu keluarga dan hidup dalam kesederhaan. Dia mempunyai seorang isteri bernama Maryam dan 3 orang anak. Satu hari. Hayat menemui sahabat lamanya Zaki, yang berjanji akan mengubah kehidupan Hayat menjadi kaya.

Sejak bekerja dengan Zaki, Hayat berubah menjadi kaki pukul. Dia akan memukul Maryam jika mabuk. Kemudian minta maaf dan lakukan perbuatan itu berulang kali. Ditakdirkan satu hari Hayat dan Zaki kemalangan, dan Zaki meninggal dunia di tempat kejadian.

Selepas kejadian, Hayat kembali berubah dan berhenti kerja di tempat syarikat Zaki. Hayat mula mencari kerja baru dan cuba membuat bisnes dengan membuka bengkel kereta. Namun, bisnesnya tidak mendapat sambutan. Hayat semakin muflis.

Keluarganya di duga bila anak bongsunya, Rizqi, disahkan mengidap barah. Hayat yakin perkara itu terjadi kerana kesilapan dan dosa-dosanya. Dia semakin menyesal. Hayat  terpaksa menjual rumahnya untuk pembedahan Rizqi, akhirnya pembedahan itu berjaya.

Pada sambutan hari lahir Rizqi, Hayat telah meninggal dunia selepas solat.
SINOPSIS DRAMA HAYAT (TV3) SINOPSIS DRAMA HAYAT (TV3) Reviewed by Tunsha Ayunie on September 01, 2017 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.