SINOPSIS AIR ZAM-ZAM UNTUK MAK (TV3)

SINOPSIS AIR ZAM-ZAM UNTUK MAK (TV3) - Sempena Hari Raya Aidiladha, Alfanazra Productions Sdn Bhd telah menerbitkan drama yang berjudul Air Zam-Zam Untuk Mak. Siapa yang merindui lakonan Wan Maimunah, memang wajib menonton. Auni tak sabar! Sebab memang minat sangat dengan lakonan Wan Maimunah.


JUDUL : AIR ZAM-ZAM UNTUK MAK
GENRE : Drama
MASA/HARI : 1 September 2017, jam 9 malam, TV3
PENGARAH : Khalid Nadzri
PENERBIT : Alfanazra Productions
PELAKON : Wan Maimunah, Jue Aziz, Idris Khan, Fezrul Khan, Abby Nadzri & Edzfirash

SINOPSIS AIR ZAM-ZAM UNTUK MAK
Mak Jah ialah seorang guru yang mengajar mengaji Al-Quran. Dia sudah menabung bersama Tabung Haji sejak 30 tahun yang lalu untuk merealisasikan impiannya untuk menunaikan ibadah haji.

Mak Jah tinggal bersama anaknya Suhaili. Suhaili mempunyai suami, Borhan, yang sangat obses dengan harta kekayaan. Borha juga sanggup memberi rasuah. Akibat sikapnya itu, Borhan ditangkap dan semua akaunnya dibekukan.

Mak Jah jatuh sakit setelah Borhan dibebaskan. Dia memohon Borhan dan Suhaili pergi ke Tanah Suci untuk menggantikan tempatnya. Hanya satu permintaan Mak Jah, agar mereka pulang membawa air zam-zam. Adakah Borhan dan Suhaili akan menunaikan satu-satunya permintaan ibu mereka itu?

SINOPSIS AIR ZAM-ZAM UNTUK MAK (TV3) SINOPSIS AIR ZAM-ZAM UNTUK MAK (TV3) Reviewed by Tunsha Ayunie on September 01, 2017 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.