RESEPI LANGOS (DONUT HUNGARY) - DARI JARI NOVELLA

September 29, 2017

RESEPI LANGOS (DONUT HUNGARY)

RESEPI LANGOS (DONUT HUNGARY) - Dah lama tak kongsi resepi kan? Auni dah lama nampak resepi Langos ni tapi tak terbuat-buat lagi. Masa amat suntuk. Saja nak share dalam blog, khas untuk korang yang nak cuba. 

Mungkin ada yang tidak tahu, Langos atau dikenali juga sebagai Lalanga ini adalah sejenis makanan  disukai penduduk Hungary. Lebih kurang macam donut atau roti puri lah makanan ni sebenarnya. Tapi yang Auni tahu, diorang suka sapu krim masam.

Sekadar hiasan

RESEPI LANGOS (DONUT HUNGARY)
Bahan-bahan :
1 ketul kentang saiz besar (direbus, dikopek, dilenyek dan biarkan suam)
2 1/2 sudu kecil yis segera + 1 sudu kecil gula (dibancuh dengan sedikit air suam dan biar kembang)
1 3/4 tepung serbaguna @ tepung gandum
1 sudu besar minyak sayuran
3/4 sudu kecil garam
1/2 cawan susu segar

Cara-cara :
Campurkan kentang lenyek tadi bersama yis, tepung, minyak, garam dan susu didalam mangkuk pengadun. Dengan menggunakan mixer, adun adunan tadi sehingga sebati dan lembut. Balik-balikkan adunan tadi menggunakan spatula dan teruskan adun selama lebih kurang 5 hingga ke 7 minit.

Masukkan doh tadi ke dalam mangkuk dan tutup dengan kain basah. Biarkan doh mengembang 2 kali ganda.

Setelah itu, uli doh dan bahagikan doh kepada empat bahagian. Bentukkan setiap doh pada bebola kecil dan susun di atas dulang yang sudah ditabur dengan tepung. Rehatkan kembali doh selama 20minit.

Kemudian, leperkan sedikit bebola doh tadi menggunkan jari. Hanya tekan-tekan saja doh tadi menjadi leper. 

Panaskan minyak dan goreng secara terendam. Setiap bahagian lebih kurang 2 minit atau hingga kelihatan coklat keemasan. Setelah masak, angkat langos tadi dan tos atas tisu dapur. SIAP!

UNTUK INTI ATAS LANGOS
Sapukan krim masam, tabur bawang putih cincang dan daun parsley. Ini untuk savori. Kalau sukakan yang manis, boleh taburkan gula bercampur dengan serbuk kayu manis.

Selamat mencuba!

2 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.