PEJUANG KANSER JELAJAH BORNEO DENGAN RM1 - Tunsha Ayunie Punya Belog

September 07, 2017

PEJUANG KANSER JELAJAH BORNEO DENGAN RM1

PEJUANG KANSER JELAJAH BORNEO DENGAN RM1 - Sebagai seorang pejuang penyakit kronik, Auni sangat terpegun dan terinspirasi dengan seorang pejuang kanser, Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan panggilan Zaki Bijak ini. 

Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.


Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.


Dengan membawa misi menjelajah #CancerBukanTiketUntukMati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantikeruntukmati.


Zaki Bijak berkata.......

❝ Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah, ❞

❝ Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari, ❞


Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengelilingi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihatin dan banyak membantu dirinya dari pelbagai bentuk. 

Alhamdulillah Orang Sabah Bagus Bah !!!!


Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.


Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.


Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
Kalau korang nak tahu dan ikuti kisah Zaki Bijak ni, bolehlah follow Facebook beliau sebab Zaki akan berkongsi setiap perjalanan penuh liku yang beliau harungi. Kekuatan dan ketabahan beliau agak luar biasa, sehingga mungkin orang tidak percaya beliau merupakan seorang pesakit kanser.

Andai korang nampak beliau dimana-mana, hulurkanlah bantuan walau dengan apa cara. Memberi semangat positif pun adalah salah satu bantuan tau!

Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantikeruntukmati.

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.


Kredit : Sabahanblogger.com

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.