MULAKAN HIDUP BARU DENGAN MEMOHON RUMAH PPR

MULAKAN HIDUP BARU DENGAN MEMOHON RUMAH PPR - Sejak berkahwin, Mama memang dah lama suruh Auni dengan tuan suami memohon rumah PPR. Tapi disebabkan Auni memang tak suka tinggal di rumah flat, maka Auni jadi malas.

Bukan apa, ada diantara yang Auni tengok, rumah PPR tak bersih. Sampah pun bersepah, lif berbau hancing dan macam-macam lagi. Baru baca pun dah rimas, macam manalah kalau hari-hari mengadap benda tu kan?

Auni boleh-boleh nak tinggal rumah teres tapi terkenangkan harga.... Allahu. Lagi pulak hidup di zaman penindasan ni, memang tak mampu rasanya.


Buat masa ni, Auni memang tinggal dekat rumah mertua. Ayah mertua kuat hisap tembakau, Auni memang tak tahan, semput. Bila cerita pada Mama, Mama masih suruh mohon rumah PPR. Sebab itu paling murah. Yelah, tuan suami pun jobless sebab dia OKU. Susah orang nak ambil OKU ni bekerja. Auni pulak, ikut rezeki blog. Kalau ada lebih dapatlah lebih, kalau tak berhuhuhu je la.

Terfikir kalau ada rumah sendiri, bolehlah Auni buat bisnes makan macam lunchbox ke apa.. sementara tuan suami dapat kerja, betul tak?

So, bila bincang dengan tuan suami, kami setuju untuk memohon rumah PPR sementara ini. Nak hidup berdikari. Agak stress sebenarnya menumpang rumah mak bapak masing-masing. Biasalah, orang tua ada dia punya law, kan?

Apa pendapat korang?
Terima kasih sudi baca.
MULAKAN HIDUP BARU DENGAN MEMOHON RUMAH PPR MULAKAN HIDUP BARU DENGAN MEMOHON RUMAH PPR Reviewed by Tunsha Ayunie on September 03, 2017 Rating: 5

5 comments

  1. Zaman sekarang hidup di kota, nak cari tempat tinggal tak boleh memilih. Jika tidak alamatnya kena sewa beribu ringgit tiap bulan.

    ReplyDelete
  2. Cubalah, in Sha Allah boleh. Malah untuk OKU, ada kuota dan saluran khas untuk PPR ni.

    ReplyDelete
  3. Mama sokong auni. Bermula dgn rumah ppr. Insya Allah bila Ada rezeki nanti jual Dan boleh beli rumah teres. Ingat, harga rumah takkan menurut. Silap2 kalau rumah ppr kerajaan ambil boleh dpt pangsapuri

    ReplyDelete
  4. In Shaa Allah. Ada rezeki tak kemana kan :)
    btw kak, jemput singgah. kin tag akak auni :)

    http://www.mawarassufi.com/2017/09/segmen-bloglist-oktober-disember-2017.html

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.