MALAYSIA BUKAN LAGI MALAYSIA - Tunsha Ayunie Punya Belog

September 09, 2017

MALAYSIA BUKAN LAGI MALAYSIA

MALAYSIA BUKAN LAGI MALAYSIA - Salam. Auni sebenarnya jarang nak  bercerita tentang isu semasa ni. Tapi makin lama makin merimaskan. Lagi diam lagi pijak kepala. Lagi diam makin naik lemak pula warga-warga pendatang ini.

Kita dah bantu mereka seadanya, mereka tidak bersyukur. Sebelum ini Auni memuji segelintir warga pendatang yang baik dan mempunyai pekerti. Tak semua ya.

Masihkah Malaysia ini akan dianggap Malaysia jika masih ramai pendatang asing tanpa permit berkampung disini?


Auni masih tak faham kenapa dan mengapa orang atasan masih membenarkan warga asing masuk ke dalam Malaysia. Ya, memang kita juga menumpang di bumi Allah SWT. Tetapi kemasukkan warga asing yang mendadak tanpa tapisan ini punca Malaysia semakin kotor. Warga asing dah buat Malaysia macam tempat mereka.

Lihat saja di Pekan Selayang dan Taman Tasik Ampang, longgokan warga Myanmar, Bangladesh, Indonesia, dan Nepal terlalu ramai. Kita tak kisah pun kalau mereka tak buat hal, menjaga kebersihan sesama tempat. Ini mereka membawa kekotoran di merata tempat. Makan sireh ludah disana dan disini. 

Kita disini, terlalu baik dengan mereka sehingga mereka semakin mendabik dada dan kurang ajar. Kecoh di media sosial mengenai sikap rakyat Rohingya. Ya, kita ingin membantu sesama Islam, tetapi Islamkah mereka? Islam itu adalah saling menghormati, mementingkan kebersihan dan keharmonian. Tapi mereka?

Takkan nak tunggu kita yang tolong ubah cara hidup mereka, sedangkan Allah SWT pernah berfirman dalam Surah Ar-Rad yang bermaksud : ❝ Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ❞  [13:11] .

Kita nak bising banyak-banyak pun tak guna. Semuanya dari pihak yang diatas. Akur sajalah rakyat Marhaen sekarang ni. Akhir kata, boleh jika nak membantu serap mereka ke sini, mohon buat tapisan sepenuhnya.

Sekian penulisan sekilas dari rakyat marhaenis :)

3 comments:

  1. erm..boleh tak kalau saya cakap derang ni la yang bantu mengundi? huhuhu

    ReplyDelete
  2. Haihh.. sepatutnya kita masuk kadang kambing, kita mengembek.. tapi kebanyakkan dari derang, tak... so sad

    ReplyDelete
  3. kan... ramai ckp sbb nak bntu undian.. hahahahahah.. dgr je la..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.