KENALI APA ITU ANTISOCIAL PERSONALITY DISORDER

KENALI APA ITU ANTISOCIAL PERSONALITY DISORDER - Mungkin ramai menonton drama SIAPA DIA SEBENARNYA yang baru ditayangkan di TV3. Confused tau mula-mula sebab tak tahu siapa yang bermasalah sebenarnya. 

Siapa yang jahat dan siapa yang mental. So bila dapat conclusion lepas tengok saat akhir, ternyata watak Qalif adalah seorang yang bermasalah dan mengalami gangguan jiwa dan emosi.


Apa yang diberitahu, penyakit yang dialami Qalif di dalam drama Siapa Dia Sebenarnya ini di-diagnos sebagai Antisocial Personality Disorder. Hmm.. apa tu?


ANTISOCIAL PERSONALITY DISORDER?

Dari apa yang Auni baca, Antisocial Personality Disorder ini tiada diagnosis yang lengkap, tetapi ianya lebih dikenali dengan panggilan APD atau Psycopath.

Pesakit yang mengidapi APD @ Psycopath ini mempunyai kecelaruan identiti. Sejenis penyakit yang membahayakan nyawa orang lain kerana pesakit mengalami gangguan jiwa, emosi dan mental. Berdekatan dengan insan yang mengalami sindrom ini amat membahayakan sebab kita tak boleh baca apa yang akan mereka lakukan sebenarnya.

JENIS ANTISOCIAL PERSONALITY DISORDER

KEGAGALAN MENGIKUTI FUNGSI-FUNGSI SOSIAL YANG NORMAL : Sejenis yang tak ada rules. Ikut sukahati dia nak pukul, toreh, merompak, rogol, bunuh, sembelih orang dan lain-lain perkara yang lebih thrill.

MENIPU UNTUK KEPUASAN : Psycopath ini terlalu ramai bilangannya. Cuma ada stage la. Dimana stage paling bahaya adalah mereka membunuh kerana rasa seronok. Selainnya, mereka akan menipu dan merasakan perkara yang mereka katakan itu adalah perkara yang betul.

MUDAH MERASA SAKIT HATI DAN BERSIKAP AGRESIF - Yang ini pun agak bahaya. Kalau korang rasa ada diantara mereka bersikap begini, mohon jauhi. Apa yang mereka buat, sama-sekali mereka tidak akan rasa menyesal. Yela, gangguan mental ni tak waras kan?

Selain daripada yang diatas ni, korang boleh relate yang pengidap APD @ Psycopath ini memang tak pernah ada rasa simpati. Minda dia dimanipulasi. 

Buat masa ini, Auni share yang ini sahaja. Anything Auni update ya? Moga bermanfaat!
KENALI APA ITU ANTISOCIAL PERSONALITY DISORDER KENALI APA ITU ANTISOCIAL PERSONALITY DISORDER Reviewed by Tunsha Ayunie on September 09, 2017 Rating: 5

2 comments

  1. hee~ kakak bukan antisosial.. cuma kurang bersosial..

    ReplyDelete
  2. Bahaya juga kan antisocial personality..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.